Tafsiran Mimpi Berkenaan Suami
Jika seseorang wanita ada bermimpi meninggalkan suaminya ia dikatakan membawa erti yang sebaliknya iaitu mimpi itu memberi petanda bahawa si pemimpi akan lebih dekat dan rapat dengan suaminya dalam hubungan kasih sayang.
Sebaliknya jika seseorang wanita bermimpi bahwa dia mencurah kasih sayang dan menunjukkan kasih mesra terhadap suaminya di dalam mimpi itu dikatakan memberi maksud yang terbalik iaitu kemungkinan akan berlaku keretakan hubungan di antara si pemimpi dengan suaminya.
Seorang wanita atau isteri yang bermimpi mendapati suaminya mencintai wanita lain, dikatakan ia membawa maksud separa sedar bahawa si pemimpi itu ada menyimpan perasaan benci terhadap suaminya. Ini mungkin kebetulan sahaja, bahkan jika benar ada perasaan sedemikian sekali pun dinasihatkan agar si pemimpi menyimpan perasaan tersebut dan tidak sekali-sekali menceritakan perihal mimpi sebegini kepada sesiapa pun demi menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina.
Sekiranya seseorang perempuan bermimpi mendapat suami atau berkahwin secara tiba-tiba, ia dikatakan memberi petanda bahawa si pemimpi mungkin akan mendirikan rumahtangga dalam masa setahun dua ini.
Sitikhadijah says
Slm saya mimpi bekas suami begitu mesra dgh saya makam bersama bergurau senda dengan bekas suami