Apa maknanya jika anda mimpi bercinta dengan seseorang yang sememangnya anda tak pernah kenal?
Lazimnya jika seseorang yang dah pun ada kekasih hati tetapi tiba-tiba dalam mimpi dia bercinta pula dengan individivu yang dia tidak pernah jumpa atau kenali, itu menunjukkan si pemimpi kemungkinan besar mempunyai rasa tidak puas hati terhadap pasangan kekasihnya di alam nyata.
Sekiranya pula dia bermimpi perkara yang sama – bercinta dengan orang yang tidak dikenali – di saat dia masih tidak mempunyai mana-mana teman istimewa, ini memberi petanda bahawa dirinya dalam keadaan kekosongan dan fikirannya secara tak sedar sedang kusut akibat terlalu memikirkan soal hidup yang masih ‘solo’ ini.
Apa-apa pun kena fikir secara rasional secara positif, pastinya ada elemen yang memberikan kebaikan dari mimpi sedemikian…
Kebaikan Mimpi:
Walaupun anda sudah mempunyai teman istimewa dalam hidup, tapi anda sebenarnya perlu juga bergaul dengan orang lain di sekeliling anda serta mempunyai teman-teman akrab yang lain. Betullah tu jika anda berfikiran bahawa cinta itu satu dan meluaskan pergaulan dengan teman-teman lain bukan bermakna kasih dan sayang anda akan tergugat.
Selain itu, mimpi tersebut seolah-olah cuba memberitahu bahawa anda dan pasangan anda perlu berbincang demi memperbaiki hubungan ke arah yang lebih baik. Sekiranya perbincangan itu tidak berhasil, hmmm… mungkin juga si dia sememangnya tidak serasi untuk anda.
Mei-Mei says
Assalamualaikum , tok wan. .sy nk tnya
Apakah tafsiran bagi mimpi bercinta dengan orang lain(tak kenal & tak pernah jumpa) yang telah meninggal dunia?
@aoi__hanna says
Assalamulaikum… saya nak bertanya tafsiran mengenai mimpi saya bertunang dengan orang yang tidak dikenali dan orang itu merupakan seorang tahfiz. Tapi dalam mimpi tu, saya dan parent saya agak tak berkenan dengan lelaki tu kerana rupanya yang agak tak seberapa. Tapi oleh kerana saya takut pada ayat yang mengatakan sekiranya “ada lelaki yang baik meminang kita, kite kene terima”. Saya pon terima lelaki tu dalam mimpi saya tu dengan hati yang ragu-ragu. Di dalam mimpi tu jugak, cincin pertunangan yang diberikan pon sangat besar dan pelik rupa dan bentuknya.
Dan pada mimpi yang lain (saya sambung tidur balik selepas terjaga), Mak saudara saya menceritakan pasal beliau, akan kehebatan beliau dalam pusat tahfiz tersebut. Tapi sebelum tu saya mimpi lain dan nak dekat penghujung mimpi baru bermimpi pasal hal ini.
Saya nak bertanya la, adakah mimpi ini ada kena mengena dengan perlakuan saya give up ke atas seseorang. Saya cuma minat sahaja pada beliau dan malam sebelum mimpi, saya tiba-tiba rasa nk give up dn esok paginya saya bermimpi. Tapi lelaki yang saya minat dan lelaki yg dlm mimpi tu bkn orang yang sama.
Tumblrgurl says
Kenapa saya mimpi seorang lelaki saya tak kenal tapi saya sayang dia sangat sangat dan Naluri saya Pon dpt rasa lelaki yg saya tak kenal tu syg sye sgt sgt 😪lelaki tu cina
cha says
saya bmmpi dgn seorg lelaki tpi hnya sya dgn kwn sya seorg yg dpt lihat laki tu
Sissy says
Sy bermimpi seorang lelaki,dia sgt handsome n baik hati…ada sekali tu,sy merajuk sbb cemburu,tpi dia pandai pujuk sy,n i fell in love with him again n again…even x knl siapa hahhaaha….tpi sy rasa ini kali ke2,yg first sy x nmpk muka,tpi kali ni,sy nmpk muka tpi sy lupa lepas bangun dan yg pasti dia biasa dan kacak….n the best part,i know his name💖💖