Tafsir Mimpi Baca Wasiat
Wasiat ialah pesanan terakhir si mati yang biasanya dinukilkan dalam bentuk surat. Selain daripada ‘pesanan’ untuk melaksanakan perkara-perkara tertentu, wasiat seringkali tertumpu pada pembahagian harta yang ditinggalkan. Namun, samada sedar atau tidak, wasiat juga berkait dengan kematian atau keadaan seseorang yang telah nazak.
Hatta, ada sesetengah orang yang beranggapan mimpi membaca wasiat kemungkinan memberi petanda yang bagus baginya – kemungkinan nak dapat harta. Manakala, ada pula sesetengah yang lain akan berasa bimbang kerna wasiat mengingatkan ia akan perkaitannya dengan kematian samada sesiapa yang dikenalinya ataupun kematian dia sendiri.
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, dikatakan mimpi baca wasiat ada yang bagus dan tidak bagusnya. Seseorang yang bermimpi membaca wasiat kemungkinan memberi alamat bahawa si pemimpi itu akan beroleh habuan wang yang dikira lumayan. Yang tidak bagusnya, wang itu akan segera pula habis dibelanjakan.
Ann says
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
suwarno says
Mimpi mendapatkan surat wasiat.yg isinya mendapatkan warisan dari orang tua yg lama berpisah.