Ramai orang tentu bersetuju bahawa kita hidup di dunia ini biarlah sejahtera dan bukan bertujuan untuk mencari musuh atau berbuat khianat ke atas kehidupan orang lain. Namun, adakalanya disebabkan sikap dan perbuatan orang lain yang busuk hati terhadap kita menyebabkan kita ‘tertarik’ untuk membalas dendam…
Jika demikian halnya, banyakkanlah bersabar dan ingat bahawa setiap sesuatu itu ada hikmahNya. Biarlah Tuhan yang menentukan ‘hukuman’ ke atas mereka-mereka yang telah berbuat khianat terhadap kehidupan orang lain.
Perasaan ingin membalas dendam itu, kadangkalanya juga terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi. Jika ada yang bermimpi sedemikian, tentu ingin tahu apa ertinya, bukan?
Tafsiran Mimpi Membalas Dendam
Dikatakan bahawa seseorang yang bermimpi membalas dendam, kemungkinan ia membawa erti wujud suatu petanda kurang baik dalam pekerjaan atau perniagaan yang diusahakannya ataupun dalam kehidupan peribadi si pemimpi.
Sekiranya, di dalam mimpi yang di alami itu, si pemimpi seolah-olah berjaya membalas dendam, kemungkinan ia membawa erti bahawa beliau akan dapat melepasi segala kesukaran yang sedang atau akan dihadapinya.
Leave a Reply