Apa maksudnya jika setelah beberapa ketika memutuskan hubungan dengan boyfriend atau girlfriend, tiada hujan tiada panas tup-tup anda termimpikan tentang “X” anda.
Sekadar pandangan… maksud tersirat apabila ada yang mimpi bercinta dengan bekas kekasih ialah ia bererti si pemimpi sebenarnya masih ragu-ragu dan kurang yakin dengan perhubungan yang terjalin antara dia dengan pasangannya sekarang. Justeru, anda perlulah mengambil langkah yang bijak untuk menyelesaikan segala persoalan yang wujud dalam perhubungan kalian.
Namun, jika individu yang bermimpi itu masih belum memiliki teman istimewa ini bererti ada sesuatu perkara yang mengganggu fikiran anda dan ia berkait rapat dengan kehidupan hariannya.
Kebaikan Mimpi:
Mimpi ini secara tidak langsung memberi peringatan supaya lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan. Jangan mudah menyerahkan segalanya atau berkorban apa sahaja demi membuktikan cinta walhal belum lagi mempunyai sebarang ikatan yang halal dan sah.
Pada masa yang sama ia turut menyedarkan anda untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu. Mungkin ada perkara-perkara yang berlaku sehingga membawa keretakan hubungan antara anda dan bekas kekasih, yang mana masing-masing menuding jari menyalahkan pihak yang lain tanpa mahu mengiyakan kesalahan sendiri dan memohon maaf. Perlu disedari bahawa kedua-dua belah pihak pastinya ada melakukan kesalahan.
Sejarah lalu, biarlah dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup anda bagi menempuh kehidupan mendatang. Mulakan hubungan kalian dengan langkah-langkah yang baru dan segar.
apa maksud mimpi terjumpa emas?
Sila lihat tafsir mimpi emas.
Salam
saya nk tanya, apa mksd mimpi bekas kekasih jadi pelacur dalam pada masa yang saya terus dtg menyelamatkan dia dari tempat itu.