Tafsir Mimpi Mencukur Bulu
Cukur rambut, janggut atau bulu bukanlah sesuatu yang pelik. Bahkan bagi seorang lelaki, ia mungkin sesuatu perkara yang perlu dilakukan setiap hari demi memastikan kekemasan diri. Bagi wanita, ia mungkin agak jarang dilakukan tetapi perlu untuk perapian dan kebersihan diri.
Namun demikian, seseorang yang mimpi mencukur bulunya pasti tertanya-tanya akan gerangannya, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan bahagian badan atau bulu-bulu yang selama ini tidak pernah pun terlintas di fikiran untuk mencukurnya.
Sementelah, dalam artikel yang lain telah dikongsi tafsiran mimpi mencabut atau mencukur bulu ketiak, kali ini dikongsikan pula satu lagi pandangan tafsiran perihal mencukur apa-apa saja jenis bulu di badan.
Dikatakan bahawa sekiranya seseorang wanita mimpi mencukur mana-mana bulu yang tidak dikehendaki pada anggota tubuhnya, ia kemungkinan membawa erti si pemimpi itu akan terlibat dalam percintaan yang boleh menimbulkan fitnah yang mampu mencalar imej diri dan nama baik keluarganya.
Manakala, jika yang bermimpi mencukur bulu itu adalah seorang lelaki, dikatakan pula bahwa mimpi itu membawa maksud kemungkinan si lelaki itu akan dikasihi oleh setiap wanita yang ditemuinya. Dalam erti kata lain, ramai wanita akan jatuh hati kepadanya. Jika demikian halnya, jangan pula terbawa-bawa dengan sikap kasanova yang mengambil kesempatan ke atas para wanita, hingga akhirnya menyebabkan hidup orang lain dan juga hidupnya sendiri porak-peranda.
afiq says
jika bermimpi seseorang mencukur bulu kening si pemimpi.
apa maksudnya??