Mimpi Diberhentikan Kerja
Kebanyakan orang tentunya akan terkejut dan bimbang jika mengalami mimpi dibuang kerja atau diberhentikan kerja oleh majikan. Apatah lagi, apabila tidak dapat diingati dengan jelas sebab-musabab dia diberhentikan.
Bagi yang telah beberapa waktu berkira-kira atau merancang untuk sukarela berhenti kerja, kemungkinannya mimpi sedemikian tidaklah begitu mengejutkan. Bahkan, memperkuatkan lagi semangatnya untuk menghantar notis berhenti apabila sudah tiba waktunya atau apabila sudah sah mendapat pekerjaan lain.
Namun, apa maksudnya mimpi sedemikian bagi yang selama ini tidak pernah pun terfikir untuk berhenti kerja?
Dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu bermimpi dibuang kerja atau mendapati dirinya kehilangan pekerjaan, mimpi itu adalah peringatan bahawa kemungkinan ada desakan atau sesuatu faktor yang memungkinnya berlaku. Justeru, tingkatkanlah lagi dedikasi dalam melaksanakan tugasan yang diberikan demi mempertahankan pekerjaan yang disandang sekarang.
Leave a Reply