August 31, 2014

Mimpi Disengat Tebuan

Erti Mimpi Disengat Tebuan

Tebuan ialah serangga terbang yang bersengat. Ekoran cirinya yang sedemikian, ia dilihat sebagai sejenis makhluk yang memberi ancaman.

Memang menyakitkan jika diserang atau disengat oleh tebuan, apatah lagi jika tebuan yang menyerang itu lebih dari seekor. Namun bagaimana pula halnya jika peristiwa disengat tebuan itu hanya berlaku dalam mimpi?

Dikatakan bahawa seseorang yang bermimpi disengat tebuan, kemungkinan itu memberi alamat bahawa ada cakap-cakap di belakang atau desas-desus yang buruk cuba disebarkan untuk merosakkan imej dan nama baik si pemimpi.

Namun, sebelum menuding jari menuduh sesiapa tanpa usul periksa, siasatlah dahulu dengan terperinci untuk mengumpul bukti sebelum mengambil tindakan yang difikirkan wajar.

Atau cara yang mungkin lebih elok ialah biarkan atau tidak mengambil peduli akan desas-desus berkenaan kerana akhirnya kebenaran akan terserlah. Tak ada gunanya bagi penyebar desas-desus itu untuk menyebarkan fitnah dan ‘menegakkan benang yang basah’.

 

rahsia mimpi:

mimpi disengat tebuan . mimpi tebuan . tafsir mimpi disengat tebuan . maksud mimpi disengat tebuan . tafsir mimpi tebuan . mimpi di sengat tebuan . mimpi disengat lebah .
p5rn7vb

Speak Your Mind

*