Tafsiran Mimpi Jalan
Dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu mimpi menemui atau melihat sebatang jalan yang lebar dan dijaga dengan baik, kemungkinan mimpi itu memberi petanda bahawa dia memiliki kebolehan untuk membuat keputusan atau pertimbangan yang baik dalam banyak perkara kehidupan.
Adapun dikatakan pula sekiranya jalan yang ditemuinya dalam mimpi itu kelihatannya sempit dan berliku atau bengkak-bengkok, ditafsirkan bahawa mimpi itu membawa maksud bahawa dia kelak akan berhadapan dengan kesulitan besar atau masalah yang sangat sukar yang mungkin membawa kegagalan atau kekecewaan, sekiranya tidak diatasi dengan kecerdikan dan ketegasan dalam membuat pertimbangan.
Leave a Reply