Tafsir Mimpi Terjatuh
Apa maknanya jika kita bermimpi jatuh atau lebih tepat lagi “ter” jatuh dari suatu tempat? Haa… untuk mentafsir maknanya bergantung kepada cara dan/atau dari mana kita jatuh dalam mimpi tersebut.
Sekiranya bermimpi terjatuh dalam kolam atau mimpi jatuh dari katil, itu merupakan sutu peringatan buat si pemimpi supaya lebih berhati-hati dalam pekerjaan atau usaha yang sedang dilaksanakannya demi mengelakkan perkara yang tak diingini beraku.
Jika bermimpi jatu dari atas bukit ataupun suatu tempat yang tinggi, dan si pemimpi adalah masih bujang atau belum berkahwin (lelaki sahaja), maknanya akan bertemu jodoh dan berkahwin tak lama lagi.
Mimpi terjatuh dari tingkap, maknanya akan mendapat gangguan kesihatan.
Sekiranya bermimpi jatuh dari atas sebuah kapal pula, ertinya akan menempuh suatu keadaan yang mengecewakan.