Tafsir Mimpi Lelaki
Adapun kerapkali seorang wanita terutamanya yang masih belum berumahtangga bermimpikan seorang lelaki yang sebelumnya tidak pernah ditemui atau dikenalinya. Tentu sekali jauh di sudut hati si gadis akan tertanya-tanya apakah itu petanda jodohnya?
Apa sekalipun, wanita atau si gadis itu perlu sedar bahawa jodoh kita telahpun ditentukan oleh Tuhan. Tentang siapa gerangannya hanya Dia yang tahu, dan diberitakan apabila sudah tiba masanya. Biar sehebat mana atau sekacak mana pun lelaki itu, jika tuan empunya diri tidak berkenan, maka sudah tentulah payah untuk pernikahan itu menjadi kenyataan, lebih-lebih di zaman moden ini yang mana kebanyakan ibu bapa lebih suka menyerahkan kepada anak gadisnya untuk membuat pilihan (asalkan pemuda itu kelihatannya baik pada pandangan mata mereka).
Dalam hal tafsiran mimpi, dikatakan bahawa sekiranya seorang gadis mimpikan seorang lelaki yang tidak dikenali, ianya adalah alamat bahawa si gadis itu kemungkinannya akan bertemu dengan seseorang lelaki yang memiliki pengaruh besar terhadapnya. Malahan, pendapat orang tua-tua turut menyatakan mimpi itu membawa alamat dia mungkin akan mendirikian rumahtangga dengan lelaki tersebut.
Akan tetapi, sekiranya di dalam mimpi itu si gadis bermimpikan lelaki yang telah dikenalinya, kemungkinan ia membawa erti suatu peringatan tentang perselisihan yang akan berlaku dalam hidupnya. Maka, berwaspadalah lebih-lebih lagi dalam tindak-tanduk dan kata-kata agar kebahagian dan persahabatan dengan rakan taulannya yang terjalin erat selama ini tidak tercalar ekoran salah faham atau perselisihan yang sia-sia.
Bagi seorang wanita yang sudah berumahtangga pula, mimpi melihat seorang lelaki dikatakan membawa alamat yang baik. Mimpi sedemikian dikatakan kemungkinan memberi alamat bahawa dia akan memperolehi cahaya mata.
leaaa says
semalam saya mimpi mak saya suruh ikut lelaki kereta putih kat luar rumah saya(tapi rumah saya tu mcm mansion bkn mcm rumah saya,rumah saya biasa je),tapi saya tak kenal laki tu,saya pun macam terikut apa mak saya cakap yela sbb kita tk kenal laki tu kan,umur saya 13,laki tu mcm 15 camtu la tp dia dah boleh bawa kereta,dia bawa saya ke petronas nk isi minyak dia,saya pelik la dia bawa saya semata-mata nak isi minyak je,pastu saya pun tktau mcm mana saya ajak dia buat tiktok hahahaha lepastu kitorang sembang sembang la dlm kereta,dia mmg baik,peramah,tau jaga batas.lepas tu dia terus hantar saya balik ke rumah.beberapa hari kemudian(masih dlm mimpi tu) saya tny mak saya siapa and mana laki tu? dah lama tak nmpak,pstu mak saya kata tk tahu,saya mmg nk jumpa dia balik sbb dia mmg baik lah.
beby says
saya bermimpi seoramg lelaki yang tidak dikenali . tetapi lelaki itu sudah pun berkahwin dengan saya . semasa saya tidur dengan nya saya beralih alih tempat . sekejap saya tidur dengan nya dengan tiba tiba saya tidur di bilik bersama mak dan kakak saya . selepas itu tiba waktu pagi dia hendak pergi kerja dan kawan nya jugak ada tiba dirumah lalu dia bertanya kepada mak saya ” saya sudah bangun ke , selalu nya saya bangun jam berapa ” mak saya pun menjawab saya masih tidur padahal saya sudah bangun dan memegang kucing yang saya bela lalu menunjukkan muka saya padanya tetapi masih dalam keadaan segan silu . bila saya tersedar , saya rasa macam terjatuh hati pada nya 😅 orang nya berkulit putih badan nya sedikit sado dan berisi berambut panjang tidak melebihi bahu .
Ryna says
Pernah gak mimpi ceni…. But org yg melamar sy tuh org yg umur dlm lingkungan 20 an githu…padahal sy bru belasan thun bwh 17 ats 13 thn.. msih student lagiy ….. Pelik gak lah tetiba dtg melamar…dhla dtg bincang dgn atuk sy tapi bukan dgn ayh ….astu Sy dgn spontan tya dy xpe ke kwin dgn bdak bwh umur lagiy ? Dy kta dy ikhlas n dy xkisah …srsly mmg wow lah…dah lah handsome 😭….padahal tuh first time jumpa🥺🥺….hope lah nnti dijodohkan dgn org mcmtu