Tafsiran Mimpi Makan Ikan
Bermimpi mengenai ikan, secara umumnya, dikatakan membawa alamat yang baik. Adapun sepertimana tafsir mimpi ikan paus yang juga dikatakan membawa makna yang baik.Akan tetapi apa pula tafsirannya untuk perlakuan yang lebih khusus iaitu mimpi makan ikan?
Seseorang yang bermimpi makan ikan dikatakan memberi alamat bahawa si pemimpi lazimnya tidak akan susah untuk memperolehi rezeki dan tahap kesihatannya pula akan terus terpelihara tanpa dihinggapi sebarang penyakit kronik.
Dalam satu tafsiran lain yang sedikit berbeza, dikatakan juga bahawa seseorang yang bermimpi makan ikan kemungkinan memberi petanda bahawa dia memiliki otak yang cerdas dan dikatakan pada akhirnya akan senantiasa berjaya menghadapi segala kesulitan yang mungkin melingkari hidupnya kini.
sugiarta says
apa tafsirnya klau mimpi makan ikan pindang
Miza says
Mimpi di makan ikan yang besar
Idad Rais M says
Alhamdulilah ..
Saya mimpi makan ikan bareng” barusan 🙂