Salah satu kaedah untuk mencederakan atau membunuh ialah dengan mencekik leher orang lain. Maka, perbuatan mencekik dianggap sebagai kejam dan lambang kezaliman.
Mari kita lihat, apa tafsirannya jika perbuatan itu dialami dalam mimpi.
Mimpi Mencekik Orang
Dikatakan bahawa jika bermimpi mencekik orang lain atau mimpi mencekik sesuatu, kemungkinan ia memberi petanda bahawa si pemimpi selama ini memendam suatu keinginan atau lebih tepat lagi nafsu serakahnya yang membuak-buak hingga adakalanya menganggu urusan kehidupannya. Perasaan terpendam itu seringkali juga menyukarkan hubungan cinta yang ingin dibina dengan wanita pilihannya. Jika demikian halnya, dia perlulah banyakkan beristighfar dan membaca al-Quran agar nafsu yang keterlaluan tersebut dapat dikekang sebelum merugikan dirinya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
Mimpi Kena Cekik
Adapun jika seseorang itu mimpi bahawa dia sendiri yang kena cekik, dikatakan mimpi itu kemungkinan membawa erti si pemimpi adalah seorang yang sering memandang remeh akan pendapat dan buah fikirannya sendiri, sedangkan buah fikirannya mungkin adalah yang paling wajar. Sebaliknya, dia lebih suka menerima pendapat-pendapat orang lain yang disogok kepadanya.
Leave a Reply