Sangat beruntung jika ada perempuan yang mimpi mengandung. Maksud mimpi mengandung itu kata orang tua-tua petandanya baik dan membawa kesenangan.
Tetapi jika seorang lelaki mimpi dirinya mengandung itu adalah sesuatu yang pelik dan alamatnya juga membawa erti yang kurang baik.
Bagi seseorang lelaki atau suami mimpi isteri mengandung itu juga dikatakan mimpi yang mendatangkan alamat yang baik.
Tafsiran Mimpi Mengandung
Menurut pandangan ahli tafsir mimpi seorang wanita yang mimpi mengandung tandanya dia akan beroleh wang.
Namun, jika seorang lelaki mimpi dirinya mengandung kemungkinan itu alamat dia akan berhadapan dengan kesulitan. Maka, beringat dan berwaspadalah.
Kebanyakan pentafsir mimpi berpendapat mimpi hamil itu secara umumnya baik petandanya yakni kebiasaannya itu petanda akan bertambah harta. Bukan kah anak-anak itu ‘harta’ kepada kedua-dua ibubapa.
Ibnu Sirin dalam tafsirannya turut menyebut, seorang suami yang mendapat mimpi isteri sedang hamil itu mencerminkan sebagaimana kedua-duanya sedang menunggu datangnya harta. Pendek kata akan bertambah rezeki.
Moga-moga tafsiran mimpi hamil ini benar-benar menjadi kenyataan buat mereka yang berhajat, insyaAllah.
Maksud Mimpi Mengandung, Pelbagai Lagi Pandangan
Merancang Untuk Hamil dan Bermimpi Sedang Hamil: Dalam kehidupan sebenar di dunia nyata sememangnya saya sedang merancang kehamilan anak kedua. Apakah ada apa-apa hubungannya dengan mimpi mengandung yang saya alami?
Ada perkaitan besar bahawa keinginan anda dalam dunia sedar terlalu kuat hingga terbawa-bawa dalam alam separuh sedar. Ia sesuatu yang sangat normal dan biasanya memang begitu bagi seorang perempuan yang kuat emosinya. Tambahan lagi sekiranya keinginan untuk hamil itu tidak diluahkan kepada orang lain di dunia nyata dan sekadar dipendam sendiri maka ia akan terungkap dalam alam mimipi. Banyakkan berdoa moga-moga Tuhan mengabulkan hajat anda untuk mendapatkan seorang anak soleh dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Belum Kahwin Tapi Mimpi Mengandung: Apa maknanya jika mimpi mengandung bagi seorang perempuan yang belum berkahwin?
Katanya itu tanda akan beroleh rezeki atau impianmu akan tercapai.
Kata orang tua-tua dulu mimpi mengandung tandanya kita bersangatan menginginkan sesuatu dan kemungkinan ia akan tercapai dalam beberapa waktu lagi. Banyakkan berdoa dan bersabar.
Mimpi mengandung itu tanda akan beroleh rezeki yang lebih daripada kebiasaan. Anak itu adalah rezeki yang Allah kurniakan, justeru simbolik pada mimpi mengandung juga ertinya kemungkinan akan mendapat rezeki.
Hamil dan Dapat Anak: Saya mimpi saya sedang hamil. Kemudian saya melahirkan bayi itu tapi sikit pun tak rasa sakit. Dapat bayi perempuan kembar. Yang peliknya lagi dalam mimpi tu juga bayi tersebut cepat membesar. Dari baby sekejap saja terus jadi macam usia setahun, kemudian terus membesar umpama budak umur 8 tahun. Apa ertinya?
Kata orang tua-tua mimpi hamil tandanya akan dapat rezeki. Mimpi mengandung dan dapat anak maknanya impian akan segera tercapai. Itu satu pendapat. Pendapat lain pula ada mengatakan mimpi bayi itu boleh jadi petanda baik atau petanda kurang baik. Mimpi bayi katanya ada kaitan dengan gangguan jin.
Nur says
Saya pun sama,saya dah bertunang tapi tunang saya yang mimpi saya mengandung anak org lain,apa petanda,dia pernah mimpi kami dah berkahwin time tu saya mengandung time tu duduk tepi sungai ada sorang pakcik nak bagi saya makan rumpai laut macam tu lepas tu tiba² hilang,tunang saya selalu dapat mimpi pelik² pasal saya