Tafsir Mimpi Menangkap Ikan
Menurut tafsiran yang ditemui, mimpi menangkap ikan dikatakan memberi alamat bahawa kemungkinan si pemimpi akan memperolehi wang dengan segera. Akan tetapi wang tersebut akan cepat pula dihabiskan.
Bahkan di dalam tafsiran lain pula, mimpi berkaitan memberi alamat yang lebih luas pengertiannya. Dikatakan bahawa jika seseorang itu bermimpi memancing atau menjala ikan, ataupun bermimpi menjadi nelayan, kemungkinan merupakan alamat bahawa si pemimpi akan beroleh rezeki yang melimpah, sekiranya di dalam mimpi itu dia mendapat ikan.
Akan tetapi, sekiranya di dalam mimpi yang dialaminya itu, dia memancing atau menjala ikan, namun tidak berjaya menangkap walau seekor ikan pun, kemungkinan itu tandanya si pemimpi akan merasai kesukaran dalam usahanya mencari rezeki.
Ada pun, perlu diingatkan bahawa jika demikian halnya, jangan pula terlalu gusar dan putus asa. Apa yang perlu dilakukan adalah terus berdoa dan tingkatkan usaha kerana setiap rezeki itu datangnya dari Allah.
Mungkin anda juga berminat untuk mengetahui tafsiran mimpi makan ikan.
Mimpi Ikan Paus
Ikan paus dikaitkan dengan lambang kekuatan.
Hatta, seseorang yang bermimpi mengenai ikan paus dikatakan membawa erti dia mempunyai ‘kekuatan’ dalam dirinya untuk menghadapi kesukaran yang sedang ditempuhinya.
Dikatakan mimpi ikan paus membawa peringatan kepada si pemimpi agar tidak perlu bimbang dan gusar dengan keadaan hidupnya yang dirasakan semakin suram kini, kerana pada akhirnya berkat usaha dan doanya tanpa mengenal lelah insyaAllah dia akan mengecapi kejayaan yang akan mengubah hidupnya daripada sulit kepada senang.
an says
Ya.. kdg2 saya mimpi tangkap ikan.. Dapat.. Dan alhamdulillah..
Rezeki pun murah.. Tambah2 lagi kalau mimpi dengan air jernih..
Lg bertambah rezeki..
Diana says
saya dah 3 kali mimpi banyak sangat ikan keli kat kolam ikan umah saya. and setiap kali mimpi ikan tu suka menangkap n menggigit kaki saya. apa maksudnya?
Ronie James says
Saya bermimpi memancing di kolam tiba2 ditarik ikan dan berusaha naikan. dalam mimpi tersebut adik saya yang menolong saya naikkan ikan keli tersebut dan ianya amat besar. Masa sangat senang hati. Tolong tafsirkan apa maksudnya.. tq