May 19, 2013

Tafsir Mimpi

Mimpi adalah mainan tidur tetapi adakalanya ia membawa alamat atau petanda kepada si pemimpi tentang sesuatu perkara yang akan terjadi dalam kehidupannya.

Andainya kita mendapat mimpi yang elok dan baik, maka wajarlah untuk kita merasa gembira. Namun, ada juga yang mendapat mimpi yang buruk dan kurang elok menyebabkan tuan punya badan merasa bimbang dan tidak keruan.

Oleh yang demikian, sebab itulah disarankan supaya kita tidur dalam keadaan berwuduk dan tidak terus melelapkan mata sebelum membaca doa dan ayat-ayat suci al-Quran terlebih dahulu.

Semoga dengan mengikuti amalan dan sunnah Rasulullah S.A.W. moga-moga tidur kita menjadi suatu ibadah dan dirahmati Allah.

Sebaik-baiknya juga sebagaimana amalan para sahabat Nabi, kita juga disarankan untuk ‘bermuhasabah’ diri sebelum melelapkan mata. Cuba kenangkan kembali setiap perkara yang telah dilakukan sepanjang hari tersebut. Sekiranya amalan itu baik, maka ucapkanlah kesyukuran kepada Yang Maha Esa moga-moga amalan kita mendapat rahmat-Nya. Jika perkara yang kita lakukan itu jatuh dalam kategori yang tidak elok, maka cepat-cepatlah kita beristigfar dan bertaubat kepada-Nya.

Antara amalan surah yang dibaca sebelum tidur ialah membaca ayat Qursi diikuti oleh surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Naas.

Doa apabila bermimpi

Do’a Apabila Mendapat Mimpi Yang Baik Maknanya atau Yang Membawa Kebaikan

“Alhamdulillahil-ladzii qadlaa haajati”

Ertinya :  ”Segala puji bagi Allah yang telah memberi hajatku”

(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)
“Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam”

(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)
“Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam.”

(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)

Allaahumma innii a;uudzu bika min ‘amalisy syaythaani, wa sayyi’aatil ahlaami

“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada perbuatan syaitan dan dari keburukan mimpi.”

(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku.”


rahsia mimpi mengenai:

tafsir mimpi membaca ayat kursi . tafsir mimpi baca ayat kursi . tafsir mimpi syaitan . mimpi baca ayat kursi . mimpi membaca ayat kursi . tafsir mimpi menurut islam gigi tercabut . mimpi mengadakan kenduri .

Comments

  1. syifa says:

    klau mimpi msuk dlm istana..ada org di dlm istana tu tapi tiba2 ada air bah yg datang apa maksud dia..??

    • tok wan says:

      Cuba baca kedua-dua tafsiran mimpi istana dan erti mimpi air bah dan setelah itu selami maknanya dengan meneliti butiran lain dalam mimpi anda. Ada pendapat mengatakan air bah membawa alamat kurang baik. Ada pula mengatakan ia memberi alamat bahawa ia tanda akan beroleh rezeki atau keuntungan besar.

  2. dedi says:

    klo mimpi bertemu wali yg ada di indonesia apa arti ya tpi pada waktu mimpi q tak lihat wajah beliau beliau duduk di atas kuda …..putih?

  3. yasha says:

    as salam…
    semalam lepas solat insya saya terus tidur..sebelum tu ada la baca ayat kursi, fatihah, dan 3 khul….sblm sahur saya mimpi..mimpi dia mcm ni…

    ‘saya p hotel…tgh mandi kolam dgn kawan saya..mai ombak besaq..besaq sangat…saya dan kawan saya lari p tempat tinggi…ombak tu sampai gak dekat saya dan kawan saya…tp bila ombak tu kn kami..kami x jadi apa-apa…walaupun ombak tu besaq tp kami x hanyut….ombak tu bawak smua ayaq-ayaq dlm kolam renang tu sampai kering….apa maksudnya ya?…kawan saya tu lama dah saya x jumpa..walau sekampung tp km jarang jumpa…kami sembang pun lm fb ja…apa maknanya ya?….

    • tok wan says:

      Salam Yasha,

      Waktu anda bermimpi itu menunjukkan mimpi itu bukan sekadar mimpi yang biasa-biasa, apatah lagi ianya berlaku di bulan Ramadhan dan sebelum tidur diisi dahulu dengan amalan dan bacaan ayat suci al-Quran.

      Ada pendapat mengatakan bahawa seseorang yang bermimpikan mengenai kawannya menandakan si pemimpi itu adalah seorang yang disukai dan dihormati oleh orang lain di mana sahaja dia pergi. Itu makna tersirat bahawa anda adalah seorang yang berperwatakan baik.

      Mimpi berkaitan ombak pula menandakan si pemimpi akan menghadapi suatu kesulitan, lebih-lebih lagi yang melibatkan sesuatu yang boleh menjejaskan emosi dan perasaan. Umpamanya suatu kejadian yang mana seseroang itu melaksanakan sesuatu tapi usaha itu tidak mendapat sokongan atau dikritik atau menerima kutukan dari beberapa pihak lain.

      Adapun dalam hal ini, jika dikaitkan antara keduanya (dilanda ombak dan kehadiran seorang teman), cuba teliti kembali apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas peristiwa yg dialami dalam mimpi tersebut. Contohnya adakah sebelum ombak datang melanda, anda ada berbual sesuatu dengan kawan, apakah topik yg dibualkan, dan sewaktu menyelamatkan diri itu adakah sesiapa yg membantu siapa, atau masing-masing bertindak secara sendiri. Dan selepas ombak itu menghilang, adakah sesiapa bertanya khabar samada teman itu okey atau tidak.

      Menurut pandangan peribadi tok, mungkin kawan anda itu biarpun kamu berdua jarang berjumpa, tapi dia kelak boleh diharap untuk membantu atau sekurang-kurangnya sudi menjadi teman untuk mendengar dan memberi satu dua nasihat dalam menghadapi tempoh kesulitan yang mungkin dihadapi kelak. Biarpun pandangannya mungkin berat untuk diterima, tapi pasti ianya berlandaskan pertimbangan rasional dan bukan sekadar mengampu (berbanding nasihat yang mungkin diberikan oleh orang lain).

      Apa-apa pun berdoalah agar tiada sebarang kesulitan besar yg akan ditempuh. Dan biarpun ada ujian Tuhan yang akan melanda, moga-moga segalanya mampu ditempuhi dengan sabar dan berlapang dada. Sentiasalah berdoa agar Allah permudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

  4. eija says:

    salam, saya cuma mahu bertanya apakah maksud mimpi rumah ibubapa kita ada mengadakan kenduri. saya bermimpi dua mlm berturut- turut. terima kasih

  5. dalilah says:

    salam,
    semalam saya tertidur sebelum sempat menunaikan solat isya. semasa tidur saya bermimpi teman lelaki saya bersama ayahnya datang berjumpa saya dan ayah saya.dlm mimpi itu teman lelaki dan ayahnya memberitahu sesuatu perkara yang membuktikan teman lelaki saya selama ini menipu saya. saya sedih begitu juga ayah saya.tiba2 saya terjaga dari tidur dan melihat jam sudah pukul 2.30 am.saya terus bangun dan ambil wuduk dan terus solat isya dan disusuli dgn sunat istikharah.

    boleh dipercayai tak mimpi tu?apa komen tok wan?..terima kasih

    • tok wan says:

      Salam Dalilah,

      Ramai orang yg percaya bahawa mimpi yg kita alami lazimnya cuba memberikan satu petanda atau peringatan kepada kita. Apa sekalipun sebagai insan yg disarankan berhati mulia, kita jangan sesekali berlaku ‘buruk sangka’ terhadap orang lain. Kerana perlu juga diingat bahawa syaitan akan melakukan apa saja, bahkan dalam alam mimpi untuk cuba memporak-perandakan kehidupan manusia.

      Bagi tok wan, hal mimpi berkenaan kemungkinan berkait rapat dengan situasi perhubungan dan perasaan Dalilah dengan teman lelaki anda ketika ini. Mungkin tersemat di sudut hati, ada suatu perasaan semacam tidak ‘kena’ atau sememangnya ada rasa kurang yakin dengan kejujuran dia.. yang mungkin membawa hingga ke mimpi.

      Jika demikian halnya, eloklah dilenyapkan perasaan sedemikian. Kerana jika dibiarkan berlarutan..hmm… bak kata pepatah “sedikit-sedikit, lama-lama…”.

      Tindakan Dalilah utk terus berwuduk dan bersolat, amat-amat dipuji. Bahkan disusuli pula dengan sunat istikharah. Menurut kata orang alim, sunat istikharah itu antara lainnya bertujuan supaya kita dapat ‘berlapang dada’ dalam membuat keputusan. Hatta, cuba Dalilah bertanyakan tentang perkara yang “tersemat” dalam hati tu kepada teman lelaki. Sekiranya jawapan yg diterima itu mampu menghilangkan “kegusaran” dalam hati dan anda berasa lapang dada selepas mendengarnya, maka insyaAllah tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

  6. leya says:

    Salam.. Saya bermimpi saya makan jari saya sendiri.. Satu persatu saya makan kesemua 20 jari saya.. Teringin pulak nak tahu maksudnya.. Adakah sama ke dengan maksud makan daging mentah.. Hargai kalau boleh bagitau saya apa maksudnya.. Terima kasih.

  7. hafizin says:

    Assalamualaikum tok wan..

    saya ada satu persoalan tokwan.. kawan saya asyik je bermimpi tentang buaya yang besar. Dalam mimpinya itu buaya itu sering kali cuba untuk makan si pemimpi tu tapi sering kali dapat dielak daripada buaya tu. Kalau sekali dua mungkin mainan tidur.. Tapi mimpi ini sudah banyak kali berulang sehingga memakan masa 5 bulan dan terbaru minggu lepas. Tiap kali dia dapat mengelak daripada dimakan buaya, dia pasti akan tersedar. Apa maksud mimpinya itu tokwan? Dia bimbang jika ada orang ingin menyihirnya.

    • tok wan says:

      Salam Hafizin,

      Nak dikatakan itu tanda-tanda mungkin akan atau sudah terkena ‘sihir’ itu tok wan kurang pasti. Tapi berdasarkan tafsiran, kalau mimpi berkenaan buaya kemungkinan memberi petanda yang buruk. Sila baca tafsir mimpi buaya.

      Walau bagaimana pun, tok wan nak pesan supaya jangan sesekali menaruh prasangka buruk terhadap orang lain secara membuta-tuli. Syaitan memang suka kalau manusia nie bermusuh-musuhan. Sebaiknya kalau merasakan ada sesuatu yang tidak kena seperti rasa diri akan ‘dianiaya’ cuba amalkan ayat-ayat al-Quran sebagai pelindung keselamatan atau pendinding diri dan keluarga. Salah satu amalan tok wan ialah lepas solat diamalkan baca ayat kursi sambil membayangkan seolah-olah ada dinding kukuh 6 segi – depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah, yang melindungi diri dan anggota keluarga.

      Apa-apa perbuatan jahat atau baik, kalau tak diizinkan Allah, tak akan jadi. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan.

  8. zan says:

    salam……….

    tokwan saya nak tanya… saya ada mimpi suami saya telibat kemalangan, dan apabila saya pergi ke hospital nak tengok dia, pihak hospital kata takde, tp saya nampak ada baju dia. Bila saya cakap tu baju dia pihak hospital kata ditukarkan ke hospital lain.. saya pun pergi lah nak cari ke hospital lain, dalam perjalanan saya pulak kemalangan… tp saya tidak pape, cuma kereta jer teruk.. nak pi pinjam kereta orang lain tp takdapat. kereta orang guna.. saya susah hati, tp ada orang kata dengan saya dia takde pape.. dahh berapa hari baru saya dapat pi tengok dia, tp saya tak dapat tengok pun muka dia. cuma dalam mimpi tu saya rasa saya ulang alik tegok dia… dan dalam mimpi tu dia x bagi saya ulang alik, dia suruh saya jaga anak jer, dia takde pape..

    untuk pengetahuan tok.. suami saya baru meninggal kemalangan

    • tok wan says:

      Salam Izan,

      tok wan sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga roh suami Zan diletakkan di kalangan mereka yang dirahmati-Nya.

      Terkejut tok wan apabila membaca pernyataan yang terakhir tu. Namun, daripada situ jelaslah bahawa Zan sememangnya masih lagi terkenang arwah hinggakan membawa ke mimpi. Dalam mimpi seperti yang diceritakan menunjukkan Zan sanggup melakukan apa sahaja demi suami yang tercinta. Biarpun ada halangan melanda namun secara zahir dan batin, Zan tak pernah berhenti berusaha yang sebaik mungkin demi kesejahteraan bersama. Itulah kelebihan seorang wanita dan isteri yang didambakan oleh setiap suami yang soleh.

      Pada pendapat tok wan mimpi yang Zan alami mungkin hendak memberi peringatan (bersumberkan sanubari Zan sendiri atau pemikiran separa sedar) bahawa tidak perlu terlalu memikirkan pemergian suami yang terlebih dahulu dipanggil oleh-Nya (kelak kita pula akan menyusul…). Yang pentingnya Zan perlu banyakkan beristigfar, tabahkan hati dan kuat berusaha memikul tanggungjawab berdepan dengan segala ujian dalam membesarkan anak agar menjadi seorang yang berguna dan bertakwa.Moga segala usaha Zan akan dipermudahkan oleh-Nya. InsyaAllah.

      Menurut salah seorang Ustaz yang cukup popular dewasa ini, mimpi dikatakan berpunca daripada roh kita yang mengembara sewaktu jasad kita tidur. Semasa manusia tidur, rohnya akan keluar dari jasad. Sekiranya roh itu sekadar duduk bersebelahan jasad, kita tak akan bermimpi. Tetapi jika roh itu ‘berjalan-jalan’ maka jasad kita akan bermimpi sesuai dengan perjalanan roh kita. Begitulah lebih kurang maksud yang tok wan fahami daripada ceramah oleh Ustaz tersebut.

      Selain itu, ada pula sesetengah orang berpendapat bahwa roh mereka yang telah meninggal adakalanya akan datang melawat kaum keluarganya. Bertitik tolak dari pendapat berkenaan, ada yang percaya bahawa kita boleh bertemu semula dalam mimpi. Namun, pendapat sedemikian (berdasarkan kajian pembacaan tok wan dan ilmu yg tak seberapa ini) adalah agak ‘dangkal’. Seingat tok wan, pernah Nabi kita ditanya tentang alam roh, namun Baginda menyatakan bahawa sebaiknya kita tak perlu memikirkannya kerana ianya adalah urusan Allah. Wallahu’alam.

  9. putri says:

    kalau mimpi diberikan baju putih oleh orang yang sudah meninggal dunia?

  10. linda says:

    AS salam
    1) SAya mimpi sy di rasuk hantu..bila terjaga dari tido badan saya menggeletar…takut sgt
    2) saya mimpi jumpa syaitan tp mukanya muka manusia.badan tinggi setinggi pokok.

    2mimpi ini berlaku dlm bulan yg sama..oct’12

    • tok wan says:

      Salam,

      Jika kedua-dua mimpi tersebut berlaku pada waktu yang tidak diikuti oleh pengaruh luaran seperti menonton, membaca atau mendengar kisah-kisah hantu dan seram sebelum tidur, maka ia mungkin membawa alamat tertentu. Sila lihat tafsiran mimpi syaitan dan juga erti mimpi hantu.

      Apa pun, diharapkan Linda sekadar jadikan ia sebagai rujukan kecil semata-mata dan tidak percaya bulat-bulat akan tafsiran yang dikongsikan kerna jika benar sekalipun mungkin ianya kebetulan semata-mata.

  11. aslam says:

    salam,

    hampir setiap minggu saya akan mimpi tentang ular. dari satu mimpi ke satu mimpi, ular yang saya mimpi berubah warna, ada warna putih, hitam dan banyak lagi. tapi apa yang merunsingkan saya, sejak lima bulan yang lalu, saya sering berasa lesu walaupun tidak membuat apa2. tp sebelum ni saya tidak bergini, setelah saya kerap mimpi tentang ular saya jadi macam ni. kadang-kadang saya berasa pening yang teramat sangat di kening kiri saya dan ini berlaku setelah saya kerap mimpi ular. saya juga pernah sakit dada setelah saya mimpi buaya hitam dan ular hitam…saya sangat rungsing berkenaan mimpi ini yang mengangu kehidupan seharian saya. saya harap tok wan boleh mentafsir mimpi saya dan memberi tahu apa yang saya patut lakukan.

    • tok wan says:

      Salam Aslam,

      Pertama sekali tok wan nak perbetulkan bahawa tok wan bukanlah seorang pentakwil atau pentafsir mimpi. Hanya sekadar berkongsi mengenai tafsiran mimpi melalui info yg dikumpulkan melalui pembacaan, pengalaman berbicara dengan orang-orang lama dan dari pemerhatian tok wan.

      Satu perkara asas dan penting dalam tafsiran mimpi ialah mimpi perlu ditakwilkan dengan turut menilai perkara-perkara berkaitan termasuklah keperibadian si pemimpi, faktor keadaan diri beliau sewaktu mengalami mimpi, perincian dan butiran mimpi, waktu bila mimpi tersebut dialami dll. Pesan orang-orang alim juga, jika mengalami mimpi yang dirasakan buruk dan bersifat tidak baik, sebaiknya didiamkan saja dan berdoa kepada Tuhan agar keselamatan dan kesejahteraan tetap terpelihara.

      Tujuan agar tidak bercerita kepada orang lain kerana ditakuti akan timbul fitnah dan buruk sangka. Dibolehkan untuk bercerita jika bertujuan untuk berubat dan mencari penyelesaian, namun perlu dipastikan bahawa orang yang diceritakan itu tidak semberono atau sewenang-wenangnya mentafsir. Maksudnya kena pastikan dia itu memang berilmu untuk mentakwil mimpi. Orang yang diceritakan itu juga tidak boleh membawa-bawa cerita dan wajib menyimpan rahsia.

      Pendapat tok wan ialah disebabkan mimpi sedemikan sudah kerap dialami dan acapkali dalam bentuk ular/binatang berwarna hitam, ia kemungkinan sekali ada melibatkan gangguan jin. Tapi sekali lagi tok wan nak nasihatkan jangan sesekali berikap buruk sangka dan menaruh syak-wasangka terhadap sesiapa sahaja.

      Cuba teliti kembali peristiwa atau kejadian dalam kehidupan Aslam ketika mula2 mimpi sedemikian dialami (mungkin sukar nak ingat sebab dah berlaku 5 bulan lalu, tapi cubalah).Mungkin ada pergi ke suatu tempat yang keras dsb.nya. Atau mungkin bukan anda sendiri (tetapi anggota keluarga lain) yg melakukan, tetapi ‘tempias’ atau kesannya turut melibatkan anda.

      Sewajarnya Aslam amalkan membaca surah Yasin setiap malam. Amalkan juga membaca ayat Qursi selepas selesai solat subuh setiap hari. Bayangkan ada terbina pendinding yang utuh menghalang gangguan dan perbuatan khianat setiap kali selesai baca. Baca 6 kali berturut-turut, untuk ‘pendinding’ depan,belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Waktu malam, sebelum tidur tunaikan solat sunat. Setiap kali jika bermimpi buruk atau perkara yang sama, usahakan bangun untuk tunaikan solat sunat sebelum tidur kembali.

      Amalkan untuk seminggu atau lebih baik lagi 40 malam berturut-turut. InsyaAllah, akan terhindar dari kesulitan sedemikian.

  12. sudin says:

    salam, saya ingin bertanya tentang mimpi yang saya alami,iaitu mimpi saya sedang di tuntut hutang berjumlah 1.8 juta oleh pihak bank dalam mimpi itu saya merasa amat risau dan susah hati sehinggah tersedar dari tidur,saya seolah-olah betul2 mengalami situasi dalam mimpi itu,Bolehkah Tok membantu dan kongsikan mimpi ini,terima kasih.

    • tok wan says:

      Tok wan nasihatkan supaya Sudin tak perlu runsing kerana terlalu memikirkan erti mimpi tersebut. Pada kebanyakan masanya mimpi sedemikian tak membawa apa2 maksud dan hanyalah dikatakan ‘bunga tidur’.

      Namun begitu, sebagai ‘penyedap hati’ kepada pencarian Sudin, tok wan kongsikan di sini beberapa tafsiran mimpi yang tok rasakan berkaitan…

      Jika seseorang itu mimpi berdukacita, menandakan impian yang baik sekali iaitu kemungkinan si pemimpi akan mendapat kesihatan yang cukup dan rezeki yang banyak.

      Dalam suatu tafsiran lain pula, dikatakan bahawa jika bermimpi merasa hiba atau merasa kesusahan kerana sesuatu, itu kemungkinan suatu peringatan kepada si pemimpi agar lebih berusaha dengan pekerjaan yang sedang dikerjakan, atau akan dapat kerjaan baru untuk tinggalkan saja pekerjaan yang lama.

      Jika seseorang mimpi berhutang, memberi alamat bahawa dengan sikap berhemah dalam perbelanjaannya selama ini dia dah berjaya mengumpul wang yang banyak, namun sebenarnya dia tidak akan merasa sepenuh kebahagiaan dengan wang yang telah dikumpulkannya itu. Bagi dirinya wang bukanlah faktor terpenting untuk memperoleh dan menjamin kebahagiaan dalam kehidupan.

      Sama-sama.

  13. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum, ingin bertanya kepada sahabat sekalian. Saya b’mimpi bahawa diri saya akan menjalani hukuman ke tali gantung dgn perbuatan membunuh org. Tetapi saya dilepaskan dri hukuman tersebut. Apakah tafsiran mimpi tersebut ?

  14. Seri Aida says:

    Asalamualaikum,

    Saya bermimpi terima hadiah quran tertulis “IKHLAS” dalam warna merah. DImaklum saya akan menghadapi masalah pada tahun depan. Apakah tafsiran mimpi tersebut?

  15. nurul says:

    slm. saya kerja sebagai mak andam. ntah cm ne satu hari tu saya bleh bermimpi pasal jongkong emas yg di beri org utk di cairkan. tp belum sempat di cairkan saya tersedar.Apa maknanya tolong tafsirkan

  16. farisha says:

    salam tok wan
    saya nak tanya pasal mimpi saya
    dalam mimpi saya tu, saya sedang resah sebab waktu maghrib dah nak habis..saya keseorangan ketika itu. jadi setelah saya berfikir beberapa ketika, saya membuat keputusan untuk solat maghrib di sebuah surau yang telah lama ditinggalkan. surau itu agak terpencil dan agak gelap. namun kerana tidak ingin meninggalkan solat, saya beranikan diri untuk ke surau itu. semasa mendaki anak tangga surau tersebut, tiba2 saya melihat ada seorang lelaki yang lebih kurang sebaya saya baru keluar dari surau itu. lelaki itu memakai jubah putih dan berserban. saya ada bertanyakan soalan kepada dia berkenaan surau tersebut dan dia menjawabnya dan segera berlalu. tanpa melengahkan masa saya segera menunaikan solat dalam surau tersebut dalam keadaan gelap gelita kerana tiada bekalan elektrik. keadaan surau tersebut memang daif kerana lantainya telah retak dan ada yang telah patah. jadi saya ingin bertanya adakah mimpi saya itu membawa apa2 makna? semoga tok wan dapat memberitahu saya..

  17. WanEzany says:

    assalamualaikum tok wan…
    saya musykil ttg mimpi saya…
    saya bermimpi berpindah ke sebuah rumah yang agak buruk bersama dgn suami dan ank2 saya. saya berharap agar tok wan dapat mentafsirkan mimpi tersebut, wasalam…

  18. Tiny says:

    Saya bermimpi didatangi 2 org ustaz yg myatakn sy didiami Jin taghyarin dn terus mengubati saya Akan tetapi tidak berjaya.apakh maksud Mimpi itu sedangkn sy memang tidak pernah tahu akan nama2 Jin,sehinggalh hari ini.

  19. fara says:

    saya pernah bermimpi ada ramai peremuan yang berbogel. dan ketika waktu itu ramai orang di sekeliling saya. kawan saya kata kepada saya. x malu ke mereka semua berbogel? macam pesta berbogel waktu itu kerana semua nya tanpa segan silu berjalan ke shopping mall, di tengah2 orang dengan keadaan sebegitu. dan dalam mimpi itu, mereke berbisik2 kepada saya. ini petanda2 dunia dah nk kiamat. apakah maksud mimpi itu? tlg jelaskan kepada saya

  20. Yun says:

    Sy nk ty, mlm td sy sblm tdo sy bace 3kul, ayt qursi n lps tu mimpi kami ramai2 sedang buat persiapan utk adakan kenduri… Pd masa yg sama dy sembelih ayam dgn gunakn gunting tumpul dan ayam tu mati.. Utk sembelih yg seterusnya sy cari pisau yg tajam tp belum sempat sembelih yg kedua n seterusnya abah sy yg telah meninggal dtg utk tlg sembelihkn.. Tokwan tahu x apa maksd mimpi sy tu.. Sy sedar2 pukul 4.13pg dan terus xley tido smpai subuh..

    • tok wan says:

      Tok wan tidak tahu apa pengertian sebenar atau alamat yang mungkin dibawa oleh mimpi yang dialami oleh Yun itu. Malahan tok wan bukanlah seorang pentakwil mimpi yang layak. Sekadar berkongsi tafsiran-tafsiran mimpi yg ditemui berdasarkan pembacaan dan perkongsian pengalaman daripada pelbagai sumber.

      Namun, berdasarkan pengetahuan tok wan yang tidak seberapa ini, dan berdasarkan kajian lebih lanjut dengan menelaah tafsiran mimpi berkaitan: didatangi arwah abah, gunting, menyembelih ayam – KEMUNGKINAN membawa petanda akan berhadapan dengan kesukaran. Perlu diingatkan bahawa setiap ujian Allah itu tentu ada hikmahNya. Setiap ujian yang dilalui dengan tabah akan mendewasakan kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya.

      Jangan pula terlalu taksub dengan alamat mimpi tersebut. Sebab tiada manusia biasa yang betul-betul hebat untuk mampu mentafsirkan mimpi dengan tepat. Jika berlaku sekalipun mungkin hanya kebetulan. Tafsiran mimpi juga tidak semestinya sama bagi setiap orang – contohnya mimpi yang sama tetapi dialami oleh seorang lelaki adalah berbeza dengan dengan wanita.

      Dalam hal ini, perbanyakkanlah berdoa kepada Allah memohon kesejahteraan hidup. Minta diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

      Selain itu, satu hal yang tiada kaitan dengan tafsiran mimpi ialah memandangkan dah bermimpi tentang arwah, eloklah jika punya rezeki lebih, diadakan kenduri tahlil (sekadar mampu) untuk arwah.

  21. ianie says:

    Salam…saya mimpi saya ada pegang bayi lelaki tapi bukan anak saya kerana saya dkrg belom berkahwin..malah bayi tersebut seperti mahu susu badan dari saya dan tiba tiba ada air susu yang keluar dr dada saya…apa maksud mimpi tersebut…

  22. sara yasmin says:

    as salam..
    saya telah bermimpi bahawa rakan baik saya serta adiknya telah mengandung pada usia yang muda..apakah maksud bagi mimpi yang dialami oleh saya ini?

  23. ruzi says:

    AlSalam..

    Sy bermimpi pergi hadir kenduri kawin dan makan pecal ygsgt sedap

  24. kameliah says:

    Assalam,
    dikesempatan ini sy nak Tanya apakah maksud atau petanda jika bermimpi rumah emak saya seperti mengadakan sesuatu majlis/party pada waktu malam. tapi keadaan rumah n kawasan luar rumah suram. tiba-tiba anak pertama saya yg berusia 4thn berlari keluar ke jalan raya kemudian abang pertama sy cuba untuk mengejar anak saya tetapi dri simpang coner ada kereta kancil menuju ke arah anak sy dan dgn lajunya melanggar anak sy. dlm keadaan tu sy cuma melihat dan menjerit setelah itu sy cepat2 berlari ke arah anak sy dan mengelap darah yg keluar dari mulutnya ttp sedikit luka x kelihatan dan sy cuba periksa satu persatu giginya ada yg pecah n patah di geraham bawah sebelah kanan.. bila tejaga dari mimpi rasa lemas semua badan n rasa takut. mimpi ne lebih kurang dalam jam4 subuh.

    • tok wan says:

      Salam. Saya nasihatkan banyakkan lah bersedekah dan berdoa supaya Allah permudahkan urusan kita di dunia dan akhirat. Bersedekah lah dengan niat yang benar-benar ikhlas dan bukannya bertujuan nak menolak bala.

  25. kameliah says:

    Assalam tok wan? Maaf bukan sebelah kanan tp sebelah kiri bawah

  26. dayang says:

    Salam,sya Ingin brtanya apa maksud klu kita mmpi makan mknn yg sedap2?

  27. kameliah says:

    Assalam, tok wan maaf dlm mimpi sy tu yg pecah n tercabut sebelah kiri bawah..

  28. Dayang says:

    tok wan, sya bermimpi kedua ibu bapa saya bercerai disebabkan kemiskinan dan paksaan dari nenek saya yg tidak snggup melihat kesusahan yang menimpa ibu ketika bersama ayah saya.apakah maksud mmpi tersebut?

Speak Your Mind

*