Tafsir mimpi anjing memerlukan penelitian bukan hanya pada anjing yang muncul di dalam mimpi bahkan juga harus mengambilkira keadaan atau suasana yang dialami dalam mimpi tersebut.
Begitu juga dengan keadaan emosi orang yang bermimpi dan juga diteliti latar belakangnya.
Mimpi Anjing Menurut Islam
Mimpi anjing mengandungi maksud tersirat sebagai mewakili seseorang yang mempunyai keperibadian yang jelek.
Anjing yang muncul dalam mimpi boleh jadi melambangkan musuh yang hina keperibadiannya, penguasa yang tamak, pembantu yang tidak elok hasil kerjanya ataupun mencerminkan seseorang yang bodoh dan sombong.
Mimpi anjing hitam kemungkinan bererti musuh atau seteru dari lingkungan masyarakat setempat.
Manakala jika bermimpi anjing yang berwarna putih ertinya pihak lawan dari luar atau orang asing.
Menurut pandangan seorang pengkaji mimpi Islam, anjing jantan yang muncul dalam mimpi boleh diibaratkan sebagai seorang lelaki yang sombong dan bongkak yang berani melakukan dosa tanpa rasa sebarang rasa takut.
Sekiranya ia menyalak, ia menambahkan lagi kejelekan dan kesombongan lelaki tersebut sekaligus mencerminkan perwatakannya yang keji dan tidak menghormati orang lain.
Jika di dalam mimpi berkenaan anjing itu menggigit atau mencakar, gigitan atau cakaran itu dikatakan simbolik kepada bahaya yang disebabkan oleh musuh atau mereka yang berhasad dengki terhadap anda.
Sejauh mana kesan bahaya yang akan dialami dapat diukur dengan tahap kesakitan daripada kesan gigitan atau cakaran yang dialami semasa bermimpi.
Gigitan anjing atau cakarannya boleh juga mencerminkan petanda bahawa orang berkenaan akan jatuh sakit ataupun menghadapi satu kesulitan yang besar akibat perbuatan seseorang yang rapat dengannya.
Mimpi diserang anjing hingga ada pakaian yang koyak rabak pula berkemungkinan tanda ada orang yang cuba menfitnah atau menikam dari belakang.
Bagi pendapat lain tafsiran mimpi anjing dalam Islam, dikatakan bahawa anjing yang muncul dalam mimpi bererti musuh yang tidak sukakan anda tetapi pada masa yang sama masih ada perasaan hormat terhadap anda.
Tafsir Mimpi Anjing Menurut Ilmuwan Islam dan Pandangan Orang Tua-Tua
Anjing ialah haiwan yang boleh dibuat sebagai teman dan pada masa yang sama boleh menjadi pengawal serta pelindung kepada tuannya.
Bagi yang terpaksa berhadapan dengan anjing yang garang apabila haiwan ini cuba menyerang atau sekadar menyalak dari jauh sudah pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang mendebarkan.
Berikut himpunan tafsiran mimpi tentang anjing daripada pelbagai sumber merangkumi takwil mimpi berdasarkan tafsiran mimpi ilmuwan Islam dan juga beberapa pandangan oleh orang tua-tua.
Himpunan tafsiran ini hanyalah sekadar rujukan umum dan tidak semestinya tafsiran yang sama juga sesuai untuk anda.
Sepertimana yang diterangkan sebelum ini takwil sesebuah mimpi itu tidak boleh dibuat sembarangan tanpa mengetahui secara mendalam akan latar belakang orang yang mendapat mimpi berkenaan. Perlu juga mengetahui secara terperinci setiap butiran yang dialami dalam sesebuah mimpi.
Seseorang yang mimpi melihat anjing menggonggong sesuatu seperti tulang dan sebagainya kemungkinan memberi petanda bahawa ada di kalangan mereka yang dikenali oleh si pemimpi yang akan cuba menghasut atau menarik si pemimpi ke arah kejahatan. Suatu perkara yang tentunya akan membawa akibat buruk jika terjebak. Maka berwaspadalah.
Adapun jika di dalam mimpi seseorang itu melihat seekor anjing datang kepadanya sambil menggoyang-goyangkan ekor alamatnya kemungkinan akan segera menyelesaikan suatu urusan yang penting.
Bermimpi merawat seekor anjing yang cedera ertinya akan mendapat rezeki yang memuncak.
Menurut satu pandangan lain, mimpi anjing menyalak kepada anda ertinya bakal mendengar fitnah atau cemuhan orang.
Mimpi anjing menggigit alamatnya akan mendapat sakit atau dianiaya musuh ataupun dicela orang lain.
Mimpi anjing menyelongkar sampah tandanya mendengar cemuhan dari musuh sehingga menyakitkan hati. Dalam erti kata lain atau dalam tafsiran lain dikatakan mimpi sedemikian bermaksud ada kekurangan pada diri anda yang perlu diberi perhatian.
Bermimpi makan daging anjing ertinya menang ke atas musuh. Daging anjing itu juga boleh jadi bermaksud wang kepunyaan musuh.
Mimpi memperdayakan atau menipu anjing dengan bantuan anjing lain bermakna menipu pihak lawan dengan memperdayakan lawan yang lain.
Mimpi memberi anjing makan roti bermaksud rezeki sedikit longgar atau menghadapi kepayahan.
Bermimpi melihat anjing tidur di atas bantal maksudnya bergantung harap kepada musuh yang sebenarnya kurang bersemangat atau minat untuk bermusuhan.
Mimpi melihat seekor anjing yang melarikan diri daripada anda bererti musuh yang lari kerana bimbangkan ancaman daripada anda.
Mimpi melihat anjing sedang memburu bererti memperolehi manfaat daripada orang alim yang melakukan perbuatan bida’ah.
Bermimpi anjing membuat kacau atau menyusahkan anda maknanya musuh yang mengganggu dan membuat sengsara.
Mendapat mimpi membeli anjing atau ada orang beri anjing kepada anda maksudnya ada anggota keluarga yang tidak amanah dari segi kewangan tapi akhirnya wang yang diambil akan dikembalikan semula.
Mimpi anjing kencing di atas tilam atau pada sesuatu barang kepunyaan anda ertinya ada seseorang yang mengganggu barangan anda. Dikatakan juga bagi orang yang sudah berkahwin mimpi sebegini berkemungkinan petanda ada orang yang mengganggu pasangan anda.
Bermimpi mendengar bunyi lolongan anjing alamatnya akan mendapat sakit panas seperti demam yang berat dan sebagainya.
Abu says
Saya Mimpi anjing duduk belakang badan
Atikah says
Apa maksud mimpi melihat 2 ekor anjing putih yang sihat, manja dan cantik?