Mimpi Api
Dikatakan bahawa seseorang yang bermimpi rumahnya terbakar dijilat api, kemungkinan itu merupakan alamat bahawa si pemimpi akan mendapat fitnah atau menghadapi kedukaan.
Seseorang yang mimpi makan api pula, ia memberi alamat bahawa si pemimpi (sekiranya masih belum berkahwin) kemungkinan akan mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang berada namun bijaksana.
Mimpi terhidu bau api, memberi alamat bahawa si pemimpi akan mengerjakan suatu pekerjaan yang sukar dan dibenci orang.
Manakala, jika seseorang itu bermimpi melihat cahaya api yang menjulang tinggi, itu kemungkinan memberi petanda bahawa si pemimpi akan lanjut usia.
Leave a Reply