Tafsir Mimpi Ayam



Tafsir Mimpi Ayam

Sekiranya bermimpi melihat ayam terbang naik ke pokok, petandanya anda akan memperoleh habuan wang tak lama lagi.

Jika bermimpi melihat ayam betina sedang mengeramkan telurnya, maknanya akan dikurniakan kebaikan.

Kalau bermimpi melihat ayam bertelur, tandanya akan memperoleh untung.

Bermimpi membeli atau menerima ayam jantan, tanda akan mendapat anak.

Jika bermimpi membela anak ayam, maknanya anda tidak terlalu memikirkan tentang rezeki yang diperoleh kini. Semuanya dirasakan cukup.

Mimpi ayam belaan anda dicuri orang, ertinya anda akan berhadapan dengan situasi yang membuatkan anda bersedih hati.

Jika bermimpi memberi makan kepada ayam, maksudnya pekerjaan yang dilakukan akan bertambah maju dan cita-cita yang dihajatkan akan tercapai.

rahsia mimpi:

mimpi ayam . mimpi emas dicuri . MIMPI AYAM JANTAN . tafsiran mimpi duit dicuri . tafsir mimpi ayam jantan . maksud mimpi ayam . mimpi anak ayam .

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *