Tafsir Mimpi Babi
Bermimpi tentang babi pasti akan membuatkan seorang Muslim tertanya-tanya tentang erti mimpinya itu…
Harus diingat, tafsiran sesuatu mimpi perlu dilihat dari beberapa sudut antaranya bila waktunya anda bermimpi dan berapa kerap anda mimpikan tentang perkara tersebut.
Sesuatu perkara yang dimimpikan pada siang hari, terutamanya di waktu-waktu yang tak digalakkan tidur contohnya selepas waktu Asar, kemungkinannya tidak akan membawa sebarang makna.
Jika bermimpikan sesuatau perkara itu sekali sahaja, mungkin ia membawa makna atau mungkin ia hanya mainan tidur di kala itu. Namun, jika mimpikan sesuatu perkara, dan mimpi itu hampir sama berulang-ulang kali, tentunya ia membawa suatu petanda.
Seseorang yang bermimpi melihat babi memberi alamat dia mungkin akan melakukan kezaliman terhadap orang lain.
Sekiranya bermimpi melihat babi berkubang dalam lumpur, menandakan dia mungkin seorang yang rakus dalam percintaan atau seorang yang kuat cemburu ataupun yang lebih buruk lagi kemungkinan besar menunjukkan bahawa kehidupannya kosong dari cinta.
Justeru, dia sepatutnya bukan sahaja perlu mampu menjaga fikirannya, malah perlu untuk mengawal perasaannya dan bukan sebaliknya membiarkan perasaan mengawal diri sehingga memberi kesan kepada kehidupan cintanya.
Jika bermimpi memotong babi, dikatakan alamatnya si pemimpi akan mendapat untung tak lama lagi.
Sebaliknya, jika bermimpi melihat bangkai babi, ia ditafsirkan memberikan suatu petanda bahawa sesuatu yang tidak baik akan berlaku.
Ajim says
Hurmm .. kosong dalam cinta .. maknaye aku perlu kawal emosi