Tafsiran Mimpi Banjir
Banjir atau bah iaitu keadaan di mana terdapat air yang melimpah-limpah dan menenggelami sesebuah kawasan ialah lambang malapetaka.
Justeru, kebanyakan tafsiran mimpi berkaitan dengan banjir berpendapat mimpi sedemikian adalah berkait dengan musibah dan kemungkinan memberi petanda yang tidak baik dalam aspek hubungan percintaan atau urusan perniagaan yang diusahakan. Sepertimana kesan banjir yang melanda yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan adakalanya mengorbankan nyawa, begiu juga dengan alamat bahawa si pemimpi kemungkinan akan berhadapan dengan musibah yang membawa kesan kepadanya. Justeru dia perlu lebih berwaspada.
Jika demikian halnya, mohonlah perlindungan dari Allah. SesungguhNya hanya Allah mengetahui apa yang dikurniakan. Dan selalulah ingat kepadaNya.
Namun demikian, ada juga segelintir yang berpendapat, mimpi banjir boleh berkait dengan rezeki. Seumpama hujan yang membawa rahmat, begitu juga dengan tafsiran mimpi banjir yang membawa rezeki. Persoalannya ialah rezeki tersebut tidak akan datang bergolek… jadi buatlah sesuatu atau lipat gandakan usaha untuk mendapatkannya.