July 26, 2014

Tafsir Mimpi Bayi

Tafsir Mimpi Jumpa Bayi

Jika seseorang bermimpi melihat bayi yang comel, itu mungkin suatu alamat bahawa dia akan menemui kejayaan, terutama membabitkan soal percintaan atau menemui rakan-rakan persahabatan yang setiakawan.

Namun, jika bayi yang ditemui oleh si pemimpi dalam mimpinya itu kelihatan menangis dan muntah-muntah, itu tandanya si pemimpi kemungkinan besar akan menemui kegagalan dalam percintaannya.

Sekiranya seseorang bermimpi bertemu bayi dan di dalam mimpi tersebut dia memeluk bayi tersebut, itu kemungkinan membawa erti si pemimpi akan dilanda kehampaan tidak beberapa lama lagi.

Jika bermimpi tentang bayi dan bayi di dalam mimpi tersebut berada dalam keadaan bogel, dikatakan itu memberi alamat bahawa si pemimpi kemungkinan akan menempuh kesulitan terutama dalam soal kewangan. Adapun dalam kehidupan nyatanya tidak beberapa ketika lagi, si pemimpi juga akan berhadapan dengan situasi yang mana ramai yang akan memberikan pendapat-pendapat yang berbeza dalam menyelesaikan suatu kekusutan. Justeru, dia perlu bijak menggunakan akal fikirannya dalam menentukan pendapat manakah yang lebih bernas dalam membuat keputusan.

rahsia mimpi:

mimpi bayi . tafsir mimpi bayi . maksud mimpi bayi . tafsir mimpi bayi menurut islam . mimpi bayi menurut islam . tafsiran mimpi bayi . Makna Mimpi bayi .

Comments

  1. Betty A says:

    Mimpi nmpak dua orang bayi tidur berdekatan

Speak Your Mind

*