May 21, 2013

Tafsir Mimpi Bergaduh

Tafsiran Mimpi Bergaduh

Gaduh lazimnya melibatkan perbuatan berkelahi secara fizikal atau juga melibatkan perbalahan mulut yang mungkin disertai dengan jerit pekik dan maki hamun. Perbuatan bergaduh ialah cerminan atau lambang kepada kekacauan.

Seseorang yang bermimpi melihat orang bergaduh, itu alamatnya bahawa si pemimpi mungkin akan menghadapi pertarungan yang sengit dalam percintaan.

Itu kalau bermimpi melihat orang lain yang bergaduh… bagaimana pula kalau si pemimpi sendiri yang terlibat dalam pergaduhan dalam mimpi tersebut?

Secara umumnya, mimpi bergaduh mempunyai erti yang terbalik.

Justeru, jika seseorang mimpi bergaduh dengan orang yang dikenali umpamanya dengan salah seorang rakan, itu tandanya kemungkinan akan wujud persefahaman yang utuh antara kedua-duanya sepanjang hayat.

Sekiranya bermimpi bergaduh dengan orang yang dicintai, memberi alamat si pemimpi kemungkinan akan memperoleh kejayaan dan keuntungan dalam perniagaan yang diusahakan.

Jika bermimpi bergaduh dengan orang yang tidak dikenali pula, itu merupakan alamat kemungkinan si pemimpi akan jatuh cinta dengan seseorang yang akan menjadikan beliau lebih bijaksana.

rahsia mimpi mengenai:

mimpi bergaduh . tafsir mimpi bergaduh . mimpi bergaduh dengan orang . mimpi bergaduh dengan ibu . mimpi bergaduh dengan kawan . mimpi gaduh dengan kawan . tafsir mimpi gaduh .

Speak Your Mind

*