Tafsir mimpi bersetubuh mungkin ada alamat tersendiri ataupun semata-mata bayangan melampau berkasih-kasihan sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.
Mimpi melakukan persetubuhan kini bukanlah lagi merupakan sesuatu yang janggal, biarpun bagi mereka yang masih belum berumahtangga, ekoran pendedahan kepada perlakuan sedemikian melalui tontonan di kaca tv, internet ataupun daripada pembacaan.
Acapkali mimpi sebegini dialami oleh golongan muda yang baru terdedah dengan pengetahuan baru ini hinggakan terbawa-bawa dalam mimpi.
Begitu juga lah halnya dengan para gadis dan juga pria yang kemaruk bercinta, kerana taksub dan teringatkan si dia sepanjang masa hinggakan terkunjung dalam mimpi.
Himpunan Tafsir Mimpi Bersetubuh Atau Mimpi Jimak
Adapun menurut pendapat ilmuwan dalam bidang takwil mimpi, Ja’afar al-Sadiq, “Mimpi bersetubuh yang mengharuskan mandi (mandi wajib) tidak membawa erti kerna ia datang daripada syaitan.”
Bagi yang mimpi bersetubuh atau mimpi melakukan jimak namun tidak pula hingga sampai terpancut air mazi atau air mani, berikut adalah beberapa tafsiran mimpi berkaitan yang dapat TokWan himpun dan kongsikan.
Dikatakan bahawa jika seseorang lelaki itu mimpi bersetubuh dengan seorang gadis, kemungkinan besar mimpi itu membawa erti si pemimpi akan beroleh kebaikan atau keuntungan pada tahun itu.
Secara umumnya, pendapat mengatakan jika seseorang itu mimpi bersetubuh dengan wanita yang tidak dikenali, tandanya dia akan mendapat hajatnya atau tercapai maksud, niat dari usahanya.
Ingin tahu lebih lanjut tentang mimpi berkenaan orang yang tak dikenali? Baca kupasan mimpi lelaki tak dikenali.
Suami yang ada bermimpi melakukan persetubuhan dengan isterinya membawa erti suatu kebaikan.
Akan tetapi jika si suami mimpi bersetubuh dengan isterinya yang telah melarikan diri, kemungkinan ertinya adalah sebaliknya yakni membawa petanda yang tidak baik.
Jika seseorang lelaki mimpi bersetubuh dengan seorang lelaki lain, besar kemungkinan itu tandanya lelaki dalam mimpi itu akan beroleh keuntungan daripada si pemimpi.
Mimpi melakukan persetubuhan tapi di dalam mimpi itu seolah-olahnya gagal atau tidak mampu mencapai klimaks, makanya dikatakan itu simbolik kepada usaha pengkajian atau perbahasan sesuatu ilmu oleh si pemimpi yang sangat sukar untuk difahami atau dihuraikan.
Mimpi berhenti bersetubuh kerana keletihan menurut pandangan terkait dengan tafsir mimpi bersetubuh berkemungkinan membawa petanda sesuatu yang diusahakan tidak akan membuahkan hasil.
Sedangkan jika mimpi bersetubuh diiringi dengan syahwat yang kuat, ertinya akan kelak beroleh hasil yang diharapkan.
Leave a Reply