Tafsiran Mimpi Tunang
Bertunang merujuk kepada ikatan perjanjian atau persetujuan untuk berkahwin. Justeru, pertunangan mencerminkan kebahagian yang bakal dikecapi oleh kedua-dua pasangan bakal pengantin.
Ramai tentu mengetahui atau pernah mendengar akan tafsiran mimpi yang berkaitan mimpi dipatuk ular… yang mana ada pandangan mengatakan itu tandanya akan bertemu jodoh.
Dalam kitab tafsiran mimpi, begitu juga halnya dengan maksud tersirat daripada mimpi bertunang. Bahkan ianya lebih lagi yakni sesiapa yang mimpi bertunang bererti bahawa sangat besar kemungkinannya bahawa dia akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Selain dari itu ada pula sesetengah tafsiran yang mengatakan mimpi tunang atau bertunang, membawa maksud segala perancangan yang sedang diatur akan beroleh kejayaan.
Lihat pula apa tafsirannya jika mendapat mimpi putus tunang.
Miss Ana says
Asalamualaikum,sepupu saya,bemimpikan saya bertunang..mohon pencerahan
Hafiza says
Saya pula mimpi ayah ajta surat tunang nikah semua
NORHAFIZA says
Saya mimpi dipinang oleh seorang lelaki yang tidak saya kenali…apakah itu?
Nisya Auni Asri says
Saya mimpi , esok saya akan bertunang dengan orang yang bernama adam dan tidak dikenali.. Apakah itu??
Muhammad Faris says
Bagaimana sekarang? Sudah berkahwin ke blom?
Kif says
Kalau bermimpi org yg kita suka bertunang apa makna tu ye..