Tafsir Mimpi Berbogel
Perbuatan berbogel tanpa seurat benang yang menutupi tubuh adalah satu perbuatan yang tidak elok dan kurang sopan, apatah lagi jika berbogel di khalayak ramai.
Adapun, sebenarnya ramai juga orang yang pernah mimpi berbogel. Mereka yang mengalami mimpi sedemikian, tentu sahaja ingin mengetahui tafsirannya.
Menurut tafsiran mimpi yang ditemui, dikatakan bahawa sesiapa yang mimpi berbogel, kemungkinannya ada perkara buruk yang akan menimpa dirinya. Apa sekalipun, jangan pula terlalu taksub dengan tafsiran sedemikian kerna setiap perkara yang berlaku kepada kita pastinya ada hikmah di sebaliknya.
Mehdi says
Tapi bagaimana dengan cerita TG Haron Din..klik link ini mengenai mimpi berbogel
http://www.facebook.com/notes/khazinatul-asrar/petanda-mimpi-bogel/326697480694251
dan saya juga pernah bermimpi bogel dan melaungkan azan.
Ini pandangan saya mungkin boleh edit sedikit tafsiran utk bahagian mimpi bogel.
Maaf dan terima kasih 🙂
hamba Allah says
Assalamualaikum.
Saya pernah mimpi bogel dan berada di hadapan orang ramai.
Dan mak saya pernah beritahu dia ad mimpi saya mimpi saya berbogel dan sedang makan di suatu majlis. Hanya saya yang tiada seurat benang tp orang lain berpakaian seperti biasa.
dia says
1 Oktober 2015. Malam tadi saya bermimpi saya bogel sambil berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya sangat hairan kenapa saya tidak merasa malu tapi saya masih meneruskan perjalanan saya kemudian sebelum terbangun saya melihat dua ekor ular sawa yang agak besar sedang menghalang perjalanan saya. Menyedari akan saya sedang bermimpi ular dan saya agak takut sekiranya ular itu mengejar dan mematuk saya, saya terus membaca ayat kursi sambil melarikan diri daripada seekor ular sebelah kiri saya yang sedar akan kehadiran saya dan seolah-olah mahu mengejar saya. Kemudian, saya terus tersedar dari mimpi.
cuckoo says
Assalamualaikum,
Arwah ayah saya pernah beritahu mimpi yang sama – mimpi dirinya mandi berbogel.Dua minggu kemudian, dia mendapat serangan jantung dan akhirnya jatuh stroke ( angina ahmar ) . sebulan kemudian dia menyahut seruan Illahi dan kembali ke rahmatullah.
nz says
saya pernah bermimpi yang sye dlm keadaan berbogel dlm keadaan yg tak sedarkan diri. ade seorang lelaki menolong sya. dye membuka pakaian dye dan pakaikan di badan sye. dye menutup bdan sye tpi dye pula yang berbogel. sye pelik dgn mimpi tu 😂
Erma says
Apa maksud bapa saya mimpi nenek saya bertelanjang dan bapa saya amik kain tutup kan dan bertanya mak nak makan kenapa bebrbogel mcm ni mak. Apa maksudnya?