Tafsiran Mimpi Kencing
Sekiranya bermimpi membuang air kecil atau kencing, dikatakan itu membawa alamat si pemimpi kemungkinan akan mengalami kerugian akibat kehilangan sesuatu yang dimilikinya. Satu pendapat lagi mengatakan mimpi kencing membawa erti si pemimpi kemungkinan sedang menjadi mangsa umpat dan cacian orang.
Jika berlaku hal yang demikian, anda perlulah banyak bersabar dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bertindak atas prinsip berani kerana benar serta janganlah mudah berputus asa atau kecewa menghadapi dugaan yang melanda.
bagaimana dengan mimpi kencing berdarah, adakah sama sahaja dengan jawapan di atas?