Tafsiran Mimpi Bulan
Pernahkah anda mendengar ungkapan “Umpama pungguk rindukan bulan” atau mendengar impian dan cita-cita seseorang yang mendambakan sesuatu seperti bulan dan bintang..? Hatta, apa pula halnya jika seseorang itu bermimpi tentang bulan?
Dikatakan bahawa sesiapa yang bermimpi melihat bulan purnama atau bulan penuh, itu tandanya dia akan mencapai kejayaan dan menerima penghormatan.
Manakala, jika bulan yang dilihat dalam mimpi itu bukan bulan penuh, yakni bulan itu ialah bulan sabit, ia dikatakan pula membawa maksud bahawa si pemimpi, lebih-lebih lagi bagi sesiapa yang sedang hangat bercinta, kemungkinan akan berhadapan dengan situasi kecurangan dalam perhubungannya.
Leave a Reply