July 23, 2014

Tafsir Mimpi Cincin

Tafsir Mimpi Berkaitan Cincin

Cincin ialah lambang ikatan dan kesetiaan.

Seseorang yang bermimpi melihat cincin kahwin memberi alamat yang baik, kemungkinan menandakan dia akan beruntung lebih-lebih lagi jika si pemimpi sememangnya sedang dilamun cinta. Kiranya sudah suka sama suka, jangan berlengah lagi, usahalah untuk melangsungkan perkahwinan dengan orang yang dicintai dengan segera.

Bagi seorang wanita yang masih belum berumahtangga, yang bermimpi dihadiahkan sebentuk cincin, itu tandanya besar kemungkinan dia akan mendapat jodoh dengan seorang suami yang jujur, baik hati dan bertimbang rasa.

Sekiranya seorang wanita yang telah pun mendirikan rumahtangga bermimpi tentang cincin, itu kemungkinan memberi suatu petanda yang tidak baik iaitu mungkin akan berlaku perbalahan dengan si suami.

Jika seseorang itu bermimpi cincinnya patah, mungkin memberi suatu alamat yang kurang baik dari aspek kesihatan, kebahagian atau perhubungan si pemimpi dengan orang lain kemungkinan akan berdepan dengan masalah.

rahsia mimpi:

mimpi cincin . mimpi cincin patah . tafsir mimpi cincin . arti mimpi cincin . tafsir mimpi cincin patah . arti mimpi cincin patah . mimpi cincin tunangan patah .

Comments

  1. Anim says:

    Salam. Mau tanya bagaimana jikalau pulang ke rumah dlm keadaan sedang membuat persiapan perkahwinan. Bila di tempat kerja , didatangi dua lelaki dan lelaki pertama adalah tua dan memberikan cincin kpd saya tapi saya tak terima . Lelaki kedua pula diberi cincin oleh mak dia tapi pada perasaan saya, perempuan tersebut isteri kepada lelaki pertama . Apakah maksud mimpi tersebut . Sy masih remaja & belajar lagi . Mimpi dekat2 nak final exam . huhu .

    • tok wan says:

      Jika kahwin yang anda mahukan atau yang dicari-cari, maka Anim akan dipertemukan dengan jodoh tak lama lagi.

      Akan tetapi, jika masih belum bersedia sepenuhnya, maka fokuskan lah kepada usaha-usaha untuk merealisasikan impian dan cita-cita Anim yang lain terlebih dahulu. Maka mimpi itu akan hanya tinggal mimpi, dan berlalu begitu sahaja… Itulah lebih kurang maksudnya.

  2. nana says:

    Ape erti jika cincin yang pernah hilang.
    Ditemui semula dijari dengan bentuk yg sama, sy ingat kembali bila ditemukan dlm mimpi saya.

  3. ezan eyna says:

    semalam sy mimpi cincin tnng sy pth..sy sdh berkhwn..tp d siang hr nya sy sllu belek2 cincin tu dh mmg mcm nk pthpun adkh mgkn sy terbwa2 smpai mmpi atau betul?.

Speak Your Mind

*