Mimpi Cium atau Bercumbu
Ciuman ialah lambang keintiman. Lazimnya ciuman melibatkan dua pelaku yang melakukan dan menerima dengan rela, sedangkan ada masanya perbuatan cium atau cumbu berlaku tanpa kerelaan atau secara paksaan.
Dikatakan bahwa jika seseorang itu bermimpi mencium orang lain dan orang itu merelakan dan membalasnya, kemungkinan itu tandanya si pemimpi itu adalah seorang yang jujur dan setia kepada kekasih atau pasangan hidupnya. Dia hanya akan menaruh perasaan kasih dan sayang kepada seorang insan sahaja dalam hubungan percintaannya dan sentiasa jujur pada pasangannya.
Manakala, jika mimpi mencium seseorang tanpa kerelaannya, ia memberi erti bahawa si pemimpi itu memiliki pasangan atau kekasih yang jujur dan setia kepadanya.
Mimpi dicium oleh orang lain, sedangkan di dalam mimpi itu si pemimpi tidak merelakannya, kemungkinan memberi alamat yang kurang enak, iaitu kehidupannya yang gersang tanpa cinta dan kasih-sayang.
Sekiranya seseorang itu bermimpi mencium kekasihnya dalam gelap, dikatakan mimpi itu membawa erti agar si pemimpi perlu sentiasa berhati-hati dan bersedia akan kemungkinan bahaya yang akan dihadapinya kelak.
Jika bermimpi melihat kekasihnya mencium orang lain, menurut tafsirannya mimpi itu kemungkinan membawa alamat dia mungkin akan menempuh kegagalan dalam hubungan cintanya, ekoran akan ditinggalkan oleh kekasihnya.
Bermimpi mencium musuh pula dikatakan membawa maksud kemungkinan akan berlaku perdamaian antara kedua-dua belah pihak. Syukurlah jika demikian halnya dan berdoa serta berusahalah agar ia menjadi kenyataan.
Rona says
knapa,sy mimpi bersuami dn kmi bercium lepastu dy pergi begitu jer?