Tafsir Mimpi Kecurian
Jika seseorang bermimpi wang atau hartanya dicuri orang, itu suatu petanda bahawa si pemimpi mungkin akan mendapat keuntungan dari aspek kewangan dalam kehidupannya.
Sekiranya bermimpi rumah dimasuki pencuri, itu memberi alamat bahawa si pemimpi mungkin leka untuk menjaga keselamatan harta bendanya dan keselamatan anggota seisi rumah hinggakan ada pihak yang berniat menceroboh dan mencuri. Justeru, ambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan keselematan sebelum perkara yang buruk terjadi.
Dikatakan mimpi kecurian mungkin juga memberi erti tersirat tentang keinginan yang selama ini dipendam oleh si pemimpi untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang salah dan menyalahi undang-undang. Maka, sebaik-baiknya jangan diturut hawa nafsu kerana ia akhirnya membawa binasa.
Jika seseorang itu bermimpi menjadi pencuri pula, itu mungkin merupakan alamat bahawa dia akan berjaya mengakali setiap dugaan dan mereka-mereka yang bermusuhan dengannya.
shahwalruddin b.salleh says
tafsir mimpi semua harta dan kereta kena curi
Adreana says
Aslm..cm mna klau dlm mimpi sya tu yng beg tngn sya kna rgut dngn 3 org lelaki yng sya x knal..tpi dlm beg tngn sya tu x de wang.. ksong jer.. mhon jlaskn