Tafsiran Mimpi Mendayung Perahu
Dikatakan bahawa sekiranya ada yang bermimpi sedang mendayung perahu atau sampan, maka tafsirannya bergantung kepada situasi ketika berdayung itu samada berteman atau berseorangan.
Berdasarkan tafsiran mimpi yang ditemui, mimpi dayung perahu atau sampan secara sendirian membawa alamat bahawa si pemimpi itu perlu lebihkan usaha dan bekerja keras untuk mengecapi kejayaan yang diidamkannya. Dia perlu sedar bahawa sesebuah kejayaan itu tak akan dapat dicapai dengan hanya berpeluk tubuh sahaja dan mengharapkan bantuan atau pengaruh peribadi dsb.nya.
Berbeza pula halnya sekiranya di dalam mimpi tersebut, seseorang itu mimpi mendayung bersama orang lain. Mimpi sedemikian, kemungkinan membawa maksud seseorang itu tetap perlu berusaha tetapi usaha yang dilakukan sendirian tidak akan membuahkan hasil yang diimpikan. Kejayaan dan hasil yang diimpikan hanya akan dapat dicapai sekiranya usaha itu digerakkan menerusi kerjasama dengan orang lain.
Leave a Reply