Mimpi Gajah
Gajah adalah binatang yang besar saiznya. Justeru, apa saja yang berkaitan gajah lazimnya dikaitkan dengan benda atau perkara-perkara yang ‘besar’.
Adapun menurut tafsiran yang ditemui, mimpi tentang gajah memberi alamat kemungkinan akan mendapat rezeki. Dan dalam hal ini dikaitkan juga bahawa rezeki yang akan diperolehi itu besar timbangannya.
Mimpi melihat seekor gajah, dikatakan membawa erti akan mendapat pujian dari orang lain. Dalam pendapat lain pula, disebut bahawa mimpi melihat gajah kemungkinan memberi alamat bahawa si pemimpi akan beroleh banyak keuntungan dalam perniagaan atau dari hasil kerja kerasnya selama ini.
Sekiranya bermimpi yang lebih spesifik, yang mana di dalam mimpi itu ada melihat dan mendengar gajah menguak di hadapannya, alamatnya akan mendapat perhatian daripada orang besar dan berpangkat.
Bermimpi membunuh gajah pula, kemungkinan adalah petanda bahawa akan beroleh nikmat dunia dan akhirat dan kebanyakan orang lain akan sayang dan tunduk kepada anda disebabkan sifat-sifat anda yang budiman, baik dan selayaknya dihormati.
Mimpi melihat gajah datang ke rumah, dikatakan membawa erti kemungkinannya si pemimpi bakal bertemu dengan seorang yang mulia yang akan memberi khabar peringatan dan nasihat kepadanya.
Bermimpi melihat gajah masuk ke dalam rumah, dikatakan membawa alamat akan mendapat kenaikan pangkat.
Mimpi melihat gajah keluar dari rumah, tandanya akan dikunjungi tetamu yang terhormat.
Bermimpi ada seekor gajah yang datang dan membelit anda dengan belalainya, memberi petanda bahawa si pemimpi akan dihargai jasanya dan mendapat penghormatan dari pihak atasan.
Mimpi makan daging gajah, alamatnya bakal beroleh rezeki.
Doasayakaya says
Saya pulak mimpi disuruh naik gajah
John G says
Apakah makna mimpi di tindih seekor gajah
Zana says
Mimpi jumpa gajah putih yg amat besar yg melepaskan gas beracun untuk membunuh semua org dan saya mati tersedut racun tersebut tapi sy gembira waktu itu kerana sempat bersyahadat dgn tenang.
Zaki says
Mimpi gajah makan semua keluarga