Mimpi Garam
Peribahasa yang sering kita dengar bila berbicara berkaitan perkaitan orang muda dengan yang lebih tua ialah ‘orang tua lebih dahulu atau lebih banyak makan garam’. Garam yang dimaksudkan itu merujuk kepada pengalaman hidup sekaligus mencerminkan ketajaman akal dan buah fikiran.
Jika diteliti pula dari satu aspek lain, ‘banyak makan garam’ tidak semestinya bagus malah memudaratkan kerna berlebihan garam dalam makanan mengundang kepada pelbagai penyakit. Nah, jadi apa maknanya jika ada yang bermimpi mengenai garam?
Dikatakan bahawa jika seseorang itu mimpi melihat garam, kemungkinan mimpi berkenaan adalah petanda bahawa si pemimpi itu akan mengecapi kebahagiaan besar yang jarang dicapai oleh kebanyakan orang. Adapun, petanda atau makna tersirat daripada mimpi garam itu tidak berakhir di situ. Dalam hal ini, si pemimpi akan mendapat ‘kunci’ kebahagiaan itu, dan pengakhirannya adalah terserah atau bergantung kepada tindak-tanduknya untuk mempergunakan ‘kuci’ kebahagiaan itu berdasarkan pertimbangannya sendiri.
Bagi seseorang yang sedang dilamun cinta pula, mimpi garam atau lebih tepat lagi mimpi makan garam membawa erti bahwa dia bakal kehilangan cintanya ekoran sikapnya yang dingin terhadap kekasih atau orang yang dicintainya itu. Maka, bertindaklah sewajarnya sekiranya tidak mahu nanti berputih mata.
manuel nuhan says
okk.!! sometimes i dont believe it but it happen,,
ari says
Saya mimpi bawa garam diatas kepala 1 goni/karung Untuk dijualkan keorang lain,jalan kaki pula menjualnya. berakhir sampai serah terima seperti halnya penjual sama pembeli..
Maksudnya apa ini mimpi??
Shary says
Saya mimpi suami saya pergi beli garam setelah suami saya sampai rumah dan beri saya garam tu,dengan tidak sengaja saya tertumpahkan garam itu.apakah maksud mimpi saya tu?