May 22, 2013

Tafsir Mimpi Gigi

Tafsir Mimpi Gigi Patah atau Dicabut


Lapan daripada sepuluh orang dewasa tentu pernah merasai sakit gigi dalam hidupnya. Sakit gigi ni kadang-kadang boleh menyebabkan seseorang tu sampai demam-demam. Tapi apa pula ceritanya kalau kita sakit gigi dalam mimpi..? Atau yang paling kerap dialami ialah mimpi gigi patah.

Berikut ialah beberapa tafsiran mimpi yang ditemui berkaitan makna mimpi gigi…

Jika seseorang bermimpi sakit gigi atau giginya mengalami perubahan warna, itu menandakan kemungkinan dia akan ditimpa sakit yang ringan tidak lama lagi.

Bermimpi gigi dicabut atau tercabut dengan sendiri, dikatakan memberi alamat buruk iaitu si pemimpi mungkin akan kehilangan salah seorang sahabatnya.

Seseorang yang bermimpi gigi sebelah atasnya patah, mungkin memberi alamat dia akan mendengar berita sedih daripada keluarga sebelah suami.

Jika seseorang bermimpi gigi sebelah bawahnya yang patah, maknanya kemungkinan dia akan mendengar berita sedih daripada keluarga sebelah isteri.

Seseorang yang bermimpi memberus gigi dan bulu-bulu yang terdapat pada berus gigi itu yang tercabut, menandakan si pemimpi akan mencapai kejayaan dalam percintaannya dan akan berakhir dengan perkahwinan yang bahagia dengan seseorang yang berada serta dikurniakan pula dengan keturunan yang baik-baik.

rahsia mimpi mengenai:

mimpi gigi tercabut . mimpi cabut gigi . mimpi gigi patah . mimpi cabut gigi sendiri . tafsir mimpi gigi tercabut menurut islam . tafsir mimpi gigi tercabut . tafsir mimpi cabut gigi .

Comments

  1. titie says:

    saya mimpi saya sedang memberus gigi..tp,xplak bulu2 pada beruz gg itu tercabut..apakah mksudnye??

  2. nurul says:

    saya bermimpi digigit ular.apakah maksudnya?

    • tok wan says:

      Ikut kata orang tua-tua, itu mimpi berkaitan ular membawa maksud bagi yang masih bujang akan mendapat pasangan yang baik. Untuk orang yang telahpun berkahwin pula memberi alamat kebahagiaan rumahtangga akan sempurna.

  3. remaja bujang says:

    Saya bermimpi gigi sebelah atas patah..semoga allah sentiasa melindungi keluarga saya..amin

  4. alice elodea says:

    sy mimpi gigi atas gugur ats telapak tangan dengan sendirinya..
    hurm..
    spe mknanya?

  5. kazlin says:

    saya mimpi gigi saya garham sebelah bawah gugur dengan sendirinya… apa maknanya???

  6. ayu says:

    saya bermimpi mencabut gigi sendiri yang bagian bawah dan darahnya mengalir banyak sekali . itu apa maksudnya? terima kasih sebelumnya.

  7. nadihah says:

    saya bermimipi slpas mnunaikan solat sunat istiqarah iaitu sebatang gg di atas sblah kanan tercabut dan slpas tu diikuti sbaris gg tercabut kmudian blh dipasang semula.apakah mksud mimpi itu?adkah mimpi itu ptunjuk yg sya akan bpisah ngn suami n kmudian sya tetap ada family??

  8. Billy says:

    Apakah erti mimpi saya mencabut gigi saya sendiri

  9. ANNA says:

    MIMPI DIAJAK PEGI KEDAI TAPI DOMPET DI CARI-CARI HILANG PULA.APAKAH MAKSUD MIMPI SAYA INI

  10. fredd says:

    mimpi gigi geraham dicabut doktor gigi

  11. yaya says:

    Sy bmimpi, sy keguguran . Dan saya skrg mgandung 4 bulan.

  12. suzy says:

    saya mmpi ade bnda tercekik kat tekak..sy kuarkan gg saya pth separuh..ape mksud mmpi tu….sy hari mggu ni nk bertunang..saya risau r..

    • tok wan says:

      Selamat melangsungkan pertunangan Suzy. Tok wan doakan agar semuanya berjalan dengan lancar… InsyaAllah…

      Tafsiran mimpi yang dikongsi itu hanya rujukan asas. Dalam mentakwil mimpi, perlu juga diteliti siapa si pemimpi, kondisi beliau sewaktu mengalami mimpi, bila dia mendapat mimpi itu dsb.nya. Ada ketikanya, syaitan akan mengambil kesempatan dengan ‘menerjah’ dengan mimpi-mimpi buruk semata-mata untuk mengucar-kacirkan kehidupan kita, walhal pada hakikatnya tiada sebarang sebab untuk kita merasa risau pada awalnya.

      Ada ketikanya tok wan sendiri mengalami mimpi-mimpi yang jika dilihat pada tafsiran yang ditemui berkait dengan sesuatu perkara yang kurang enak. Namun, kebanyakan masanya tiada perkara yang tidak diingini. Pesan orang-orang alim, kalau mengalami mimpi yang dirasakan buruk alamatnya, pendamkan saja dan jangan diceritakan pada sesiapa. Berdoa kepada Allah agar semuanya berkakhir dengan sejahtera.

      Jangan beratkan otak dan perasaan memikirkan yang bukan-bukan. Setiap qada dan qadar yang berlaku itu sudah ditentukan Tuhan. Manusia hanya mampu merancang tapi bukan semuanya menjadi sepertimana yang diingini. Jika kita dah buat yang terbaik, serahkan sahaja semuanya pada Allah. Allah tahu apa yang lebih baik untuk hamba-hamba Nya.

  13. am says:

    saya mimpi gigi patah, bukan 1, tp banyak.. pastu mimpi tu berulang. awalnya sama, tp akhir sekali mesti gigi patah.. pastu tersedar..

  14. Ismail Abdullah says:

    saya mimpi melihat gigi kawan saya dicabutnya dan diletakkan diatas tapak tangan saya sebagai menunjukkan gigi geraham bawahnya telah tercabut. Apakah maksud mimpi ini?

  15. apa maksuk gigi sebelah kanan pecak

  16. fakhrun says:

    salam.
    saya mula mimpi mencabut gg sendiri dari akhir tahun lepas berturut-turut sampai sekarang.
    dalam 2 minggu, kebarangkalian saya mimpi 2 atau 3 kali.
    ape yg sy dpt tafsirkan mimpi sy ;
    -nenek saya meninggal
    -kwn sebelah rmh dan depan rmh sy meinggal (2 org , tp sy kenal sorang )
    -kawan rapat saya sendiri meninggal (selepas saya mimpi mencabut gigi paling sakit , 3 atau 4 gigi saya cabut)
    sapa-sapa nk share cerita pasal mimpi ini boleh share dengan sy.

    fakhrun999@gmail.com

Speak Your Mind

*