Makna Mimpi Hujan
Tentu ramai yang setuju jika dikatakan hujan itu satu rahmat. Mendengar bunyi hujan sahaja pun sudah mampu membuatkan kita tenang. Apatah lagi bagi yang sememangnya, sudah berkira-kira untuk melelapkan mata, tatkala mendengar hujan tentu sahaja lebih mudah melelapkan mata.
Dan, persoalannya ialah apa pula tandanya sekiranya hujan itu terbawa-bawa hingga dalam mimpi?
Berdasarkan satu pandangan, dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu bermimpikan hujan, ia adalah petanda bahawa cintanya berbalas atau dalam erti kata lain perasaan cintanya terhadap si jejaka atau gadis itu tidak bertepuk sebelah tangan.
Dalam satu pendapat yang lain pula, dikatakan bahawa jika seseorang itu mimpi hujan, dan lebih tepat lagi hujan yang lebat, kemungkinan ia membawa erti si pemimpi kelak akan menghulurkan sumbangan atau memberikan hadiah kepada seseorang.
Zarinah says
saya bermimpi berjalan di dalam hujan yg tak lebat namun hati saya senang. juga saya lihat orang berjalan sama seperti saya di dalam hujan. apa tafsir mimpi saya 🙁
Trimakaseh