Tafsiran Mimpi Paus
Ikan paus dikaitkan dengan lambang kekuatan.
Hatta, seseorang yang bermimpi mengenai ikan paus dikatakan membawa erti dia mempunyai ‘kekuatan’ dalam dirinya untuk menghadapi kesukaran yang sedang ditempuhinya.
Dikatakan mimpi ikan paus membawa peringatan kepada si pemimpi agar tidak perlu bimbang dan gusar dengan keadaan hidupnya yang dirasakan semakin suram kini, kerana pada akhirnya berkat usaha dan doanya tanpa mengenal lelah insyaAllah dia akan mengecapi kejayaan yang akan mengubah hidupnya daripada sulit kepada senang.