Mimpi sebenarnya mempunyai kedudukan tersendiri dalam penghayatan Islam. Namun, bukan mudah untuk mengetahui maksud sebenar di sebalik mimpi. Malahan mimpi yang sama boleh jadi memberikan 1001 tafsir mimpi yang berbeza sesuai dengan latar belakang orang yang bermimpi.
Jika seseorang mengalami mimpi aneh dan tidak disukai, disunnahkan melakukan lima perbuatan iaitu: mengubah posisi tidur, meludah ke kiri sebanyak tiga kali, memohon perlindungan kepada Allah daripada godaan syaitan terkutuk, bangun dan solat serta tidak menceritakan mimpinya itu kepada siapa pun.
Tanpa menceritakan perihal mimpi itu kepada orang lain, moga-moga mimpi yang dianggap aneh dan gambarannya menakutkan itu tidak akan menjadi kenyataan. Selalunya mimpi-mimpi pelik itu hanyalah mainan perasaan namun ada ketikanya apa yang terlihat di dalam mimpi atau cerminannya seakan menjadi kenyataan. Ia boleh jadi kebenaran, semata-mata gangguan syaitan ataupun sekadar kebetulan.
Hanya mereka yang dianugerahkan Allah sahaja yang berkebolehan mentakwil sesebuah mimpi dengan cara yang betul.
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menafsirkan akan mimpi sahabat. Malah ada waktunya ketika Baginda Nabi SAW bermimpi, akan diceritakan kepada sahabat dan menafsirkan mimpi tersebut untuk dijadikan pengajaran.
Sebahagian sahabat juga pernah didatangi orang yang bermimpi dan menafsirkan mimpi tersebut kepada mereka. Begitu juga daripada ulama dan orang-orang soleh sepertimana Imam Ibnu Sirin, Imam Jaafar As-Sodiq dan beberapa yang lain.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mimpi seorang Muslim nyaris tidak pernah menipu. Pastinya mereka adalah orang yang paling jujur hatinya. Mimpi seorang Mukmin adalah satu daripada 46 bahagian kenabian”. (Hadis Riwayat Muslim).
Namun demikian, pada umumnya, mimpi adalah dianggap sebagai mainan tidur seperti firman Allah yang bermaksud: “Mereka menjawab, itu adalah mimpi kosong dan kami tidak tahu akan tafsirannya”. (Surah Yusuf, ayat 44). Ini menunjukkan bahawa tidak semua manusia mampu untuk mentafsirkan mimpi melainkan mereka yang mendapat anugerah.
Imam Ibnu Sirin menyatakan bahawa, tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya, mimpi bagaikan angin lalu dan ada juga yang menjadi kenyataan.
Islam mempunyai pandangan tersendiri mengenai tafsir mimpi dan meletakkan mimpi pada kedudukannya tersendiri.
Berdasarkan pemerhatian ulama, mimpi terbahagi kepada tiga kategori:
Pertamanya ialah gambaran daripada Allah melalui mimpi dan kebenarannya akan berlaku umpama kisah terkenal yang berlaku terhadap Nabi Yusuf dan Nabi Ibrahim.
Keduanya ialah gangguan syaitan pada orang beriman. Mimpi juga boleh dikaitkan sebagai jalinan yang hidup dan mereka yang telah mati. Tiga rangkaian yang lengkap untuk menyatakan bahawa hubungan antara mereka yang hidup dengan yang telah mati masih berjalan iaitu dengan dakwah, khabar gembira dan mimpi.
Pernah seorang lelaki datang berjumpa Baginda SAW dan menceritakan bahawa dia bermimpi kepalanya telah terpotong dua. Maka jawab Baginda SAW: “Janganlah kamu menceritakan kepada orang lain kerana ia adalah gangguan syaitan yang mengganggu fikiranmu”.
Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya ada bisikkan syaitan supaya orang beriman itu berduka cita.” (Surah al-Mujadilah, ayat 10).
Ketiga adalah mimpi hasil daripada pengaruh pemikiran dan dorongan nafsu terhadap sesuatu perkara. Jelas ia bagaikan angin lalu yang tiada mempunyai erti sebagaimana ungkapan Ibnu Sirin.
Maka, setiap mimpi akan berlegar kepada tiga perkara tersebut dan mimpi orang yang beriman adalah berbeza daripada orang awam.
Begitu juga tafsir mimpi bagi setiap mimpi adalah berbeza mengikut kemampuan yang Allah kurniakan kepada seseorang.
Ada bermacam-macam jenis mimpi yang dirasai oleh setiap manusia. Semuanya telah digariskan oleh Baginda SAW bagi setiap mimpi tersebut. Sabda Baginda Nabi SAW bermaksud: “Apabila seseorang bermimpi perkara yang disukai, maka ceritalah kepada orang lain dan ucaplah Alhamdulillah. Dan apabila seseorang bermimpi perkara yang buruk maka ucaplah a’uzubillah dan janganlah diceritakan kepada sesiapa. Sesungguhnya ia tidak akan memberi apa-apa kemudaratan.” (Riwayat Bukhari).
Sedikit info saintifik berkenaan mimpi.
Di kala seseorang itu sedang mengeruh atau berdengkur dia tidak bermimpi. Dalam erti kata lain, orang yang tidur berdengkur sepanjang tidurnya tidak akan bermimpi.
Tatkala seseorang itu terbangun pada ketika fasa tidur mencapai tahap REM (rapid eye movement), seringkali mimpi yang dialami akan terasa lebih nyata berbanding seseorang yang bermimpi tapi hanya terjaga pada esok paginya setelah tidur semalaman.
Bayi tidak bermimpi mengenai dirinya sehinggalah ia mencapai umur sekitar tiga tahun. Namun, semenjak umur tiga hingga lapan tahun, mereka akan mengalami mimpi buruk yang lebih kerap berbanding sebahagian besar orang dewasa. Itulah antara sebab anak-anak kecil sering menangis sesaat setelah terbangun dari tidur.
1001 Tafsir Mimpi
Mimpi bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, petanda akan mendapat kebahagiaan dan kemuliaan dalam hidupnya atau kesuburan pada tanah yang diusahakan.
Mimpi melihat Nabi Adam as atau Nabi-Nabi yang lainnya, maka pertanda akan mendapatkan tambahan kebaikan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
Mimpi melihat anak-anak, maka pertanda akan mendapatkan jodoh dan dalam waktu yang dekat akan menikah.
Mimpi melihat orang di penjara lama sekali, maka pertanda akan kehilangan harta kekayaannya.
Mimpi melihat seorang polis, maka pertanda akan mendapatkan keberhasilan dalam pekerjaan sehari-hari.
Mimpi melihat polis di dalam balai petanda akan menerima kehadiran tamu seorang sahabat yang lama berpisah.
Mimpi melihat seorang perempuan mengenakan kerudung, maka pertanda bahawa anda harus bersikap hati-hati dalam menghadapi setiap masalah.
Mimpi melihat orang menangis, maka pertanda akan memiliki teman yang mengerti tentang keadaan diri anda.
Mimpi melihat seorang yang berkulit sawo matang, maka pertanda akan sukses dalam usahanya.
Mimpi bertemu dengan seorang pembesar, maka pertanda akan mendapatkan suatu kehormatan.
Tafsir mimpi bertemu syaitan, maka petanda akan datang suatu keburukan kepada diri kita.
Mimpi melihat bidadari, maka pertanda akan menjadi seorang alim ulama.
Mimpi melihat malaikat, maka pertanda akan memperoleh kekayaan.
Tafsir mimpi bertemu dengan para sahabat Nabi ertinya akan mendapat kurnia Allah SWT.
Mimpi bertemu dengan orang banyak maka pertanda tidak akan berhasil segala yang dikehendaki.
Mimpi seolah-olah bertemu dengan Tuhan, maka pertanda akan dikaruniai kebahagiaan hidup di dunia dan kemungkinan akan diampuni dosa-dosanya.
Mimpi melihat orang sedang bertinju, maka pertanda akan menerima kerugian yang besar dalam berusaha.
Mimpi melihat orang digantung, maka petanda orang yang dimimpikan akan mendapat kurnia dan balasan dari Allah SWT.
Mimpi melihat orang yang dihukum mati, maka pertanda harus waspada terhadap perkataan dan perbuatan dalam pekerjaan.
Mimpi melihat orang sedang lompat indah, maka pertanda akan menerima penghormatan kerana perbuatan baik yang dilakukan.
Mimpi melihat arkitek sedang bekerja, maka pertanda akan berjaya dalam karier jika anda bekerja untuk orang lain.
Tafsir mimpi melihat orang buta ertinya akan datang seorang teman yang meminta pertolongan.
Mimpi melihat orang main kartu, maka pertanda untuk tidak bertindak lebih jauh dalam pekerjaan.
Mimpi melihat anak kembar, maka pertanda akan mendapatkan hasil yang biasa dalam berusaha.
Mimpi melihat orang bermain kecapi, maka petanda akan mendengar berita yang penting.
Mimpi melihat orang yang membawa golok, maka petanda akan mendapat sedikit kesulitan dalam aspek kewangan.
Mimpi melihat orang bekerja di pejabat tandanya akan segera mendapatkan kedudukan yang baik.
Mimpi bertemu dengan seorang laksamana, maka pertanda akan mendapatkan kesuksesan dalam berusaha dan dalam kehidupan sosial.
Mimpi bertemu dengan kekasihnya, maka pertanda akan mandapatkan kebahagiaan dalam bercinta.
Mimpi bertemu dengan jururawat, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan.
Mimpi melihat orang bertopeng pada sebuah pesta, maka pertanda akan mendapatkan sebuah khabar buruk.
Mimpi melihat wanita yang pingsan, maka pertanda kehidupan rumah tangga dalam keadaan aman sentosa.
Mimpi bertemu dengan musuh atau saingan, maka pertanda akan bertemu dengan seorang sahabat yang sangat baik.
Mimpi bertemu dengan seorang tukang ramal, maka pertanda Anda akan berada dalam kebimbangan.
Mimpi melihat orang berpangkat masuk ke dalam rumah, maka pertanda akan mendapat rezeki dari usaha anda sekarang.
Mimpi melihat orang turun dari langit dan masuk ke dalam rumah, maka pertanda sedang dimurkai oleh Allah SWT kerana telah melakukan perbuatan yang tidak disenangi oleh-Nya.
Mimpi melihat pengantin, maka pertanda orang yang menjadi pengantin tersebut akan mendapatkan kesusahan.
Mimpi melihat seorang wanita membawa pisau, maka petanda wanita berkahwin akan segera dikurniakan anak.
Mimpi bertemu dengan seseorang di dalam pondok, maka pertanda akan mendapatkan bantuan dari orang lain.
Mimpi melihat orang banyak di dalam sebuah pondok, maka pertanda akan berhasil dalam berusaha.
Mimpi melihat seseorang mengenakan pakaian warna putih, maka pertanda akan menemui kegagalan dalam berusaha.
Tafsr mimpi bertemu dengan seorang raja, maka pertanda akan mendapatkan kedudukan yang dinantikan.
Mimpi melihat teman anda dirompak, maka pertanda akan mendapatkan rezeki.
Mimpi melihat seorang perampok ditangkap polis, maka pertanda ada pekerjaan yang dapat diselesaikan dalam waktu cepat.
Mimpi melihat orang dirantai dan Anda lepaskan, maka pertanda akan mendapatkan kebaikan dari teman sekerja.
Mimpi melihat seseorang tertimpa pohon, maka pertanda orang tersebut akan mengalami kerugian dalam berusaha.
Mimpi melihat seseorang sedang merokok, maka pertanda mendapatkan teman untuk menyelesaikan permasalahan orang tersebut.
Mimpi melihat seseorang memberi rokok kepada Anda, maka pertanda akan mendapatkan kemajuan dalam waktu yang singkat.
Mimpi bertemu seseorang yang sangat sabar, maka pertanda akan mendapatkan seorang sahabat yang sangat baik.
Mimpi melihat seseorang meminta maaf kepada Anda, maka pertanda akan dipercaya oleh orang tersebut.
Mimpi melihat seseorang yang sakit di dalam hutan, maka pertanda akan mendapat kail sesuatu yang tidak terduga.
Mimpi melihat seseorang sakit, maka pertanda akan diajak berunding oleh orang tersebut.
Mimpi melihat dua orang berjabat tangan, maka pertanda akan melihat sesuatu yang sangat mengejutkan.
Mimpi melihat seseorang membuang sampah di depan rumah, maka pertanda akan dipermalukan oleh orang lain.
Mimpi bertemu dengan penjual sayur, maka pertanda akan mengalami perubahan hidup secara tiba-tiba.
Mimpi melihat orang tersenyum kepada Anda, maka pertanda akan berhasil dalam berusaha.
Mimpi melihat orang bersepeda, maka pertanda akan mendapatkan kesusahan tetapi dapat anda atasi.
Mimpi melihat setan mengejar teman Anda dan kemudian Anda menolongnya tanda akan mendapat godaan.
Mimpi melihat seseorang yang sedang mengerjakan suatu pekerjaan sulit, maka pertanda anda akan membantu teman Anda tersebut yang sedang dalam kesulitan.
Mimpi melihat orang menebang pohon kecil, maka pertanda akan datang sesuatu yang tidak disukai.
Mimpi melihat orang menebang pohon besar, maka pertanda akan dapat menyelesaikan sebuah masalah.
Mimpi melihat seseorang menanam teh, maka pertanda akan mendapatkan rezeki yang tak terduga.
Mimpi melihat orang menembak binatang atau burung, maka pertanda akan merasa kesusahan kerana teman sendiri.
Mimpi melihat orang yang terbang, maka pertanda akan mendapatkan suatu kemajuan dalam hidup.
Mimpi melihat orang meniup terompet atau alat tiup sejenisnya, maka pertanda akan mendapatkan berita yang menggembirakan.
Mimpi melihat keluarga yang sedang tertawa, maka pertanda bahwa keluarga tersebut akan mengalami kesedihan.
Mimpi melihat orang tertawa dalam sebuah pesta, maka pertanda akan menemui banyak orang yang terserang suatu penyakit.
Mimpi melihat orang yang bertaubat, maka pertanda akan menyaksikan suatu masyarakat yang sejahtera.
Mimpi melihat orang yang mendoakan Anda, maka pertanda akan mendapatkan kedudukan yang sama dengan kedudukan sebelumnya.
Mimpi melihat seorang raja memegang tongkat, maka pertanda Anda akan dibutuhkan oleh pihak pemerintah.
Mimpi melihat tetangga membawa ubi ke rumah, maka pertanda akan tertipu oleh teman yang bermulut manis.
Mimpi melihat orang memenangkan undian, maka pertanda akan mengalami suatu kesedihan yang mendalam.
Mimpi melihat banyak orang menunggu suatu undian, maka pertanda Anda akan melihat bencana yang akan menimpa orang banyak.
Mimpi melihat seorang atasan membagi-bagikan upah, maka pertanda Anda dan teman-teman anda akan mendapatkan suatu tugas baru dari atasan Anda.
Mimpi melihat seorang perempuan cantik seperti bidadari, maka pertanda akan mendapatkan halangan dalam melakukan pekerjaan.
Mimpi bertemu dengan seorang wartawan, maka pertanda akan berhasil dalam usaha.
Jika Mimpi melihat banyak orang di dalam kamar, maka pertanda akan mendapatkan ejekan dari tetangga sendiri.
Mimpi melihat seorang yang kaya, maka pertanda akan mendapatkan segala sesuatu yang diinginkan.
Mimpi melihat orang yang kebal, maka pertanda akan mendapat dengki dari orang lain.
Mimpi melihat seseorang sedang bersedih, maka pertanda akan melihat orang tersebut hidupnya selalu bahagia.
Mimpi bertemu dengan orang suci, maka pertanda akan hidup aman dan damai.
Mimpi bertemu dengan seorang wanita, maka pertanda akan memperoleh dukungan dalam perjuangan Anda.
Mimpi bertemu dengan seorang pengarang, maka pertanda Anda akan bersahabat dengan orang-orang penting.
Mimpi mendapat banyak luka, maka pertanda akan mendapat banyak keuntungan.
Mimpi bercukur atau memotong rambut, maka pertanda ada sanak saudara yang sedang sakit.
Mimpi sikunya lecet, maka pertanda akan menghadapi masalah yang harus diperhatikan dengan serius.
Mimpi kaki menjadi pincang, maka pertanda akan pindah ke tempat lain.
Mimpi mati, maka pertanda akan berada dalam keadaan sihat wal afiat.
Mimpi memiliki mata yang tajam, maka pertanda akan menjalin cinta dengan orang yang diharapkan.
Mimpi memiliki mata yang berwarna biru, maka pertanda akan diantar oleh seseorang yang diharapkan selama ini.
Mimpi melihat kuku, maka pertanda akan menerima warisan.
Mimpi mendengar suara detak jantung, maka pertanda akan mendengar sebuah kabar yang baik.
Mimpi melihat gambar hati (simbol cinta), maka pertanda akan segera menikah atau akan hidup bahagia bersama keluarga.
Mimpi melihat bibir sendiri, maka pertanda Anda harus berhati-hati dalam menjalankan usaha.
Mimpi menjadi gila, maka pertanda akan mendapatkan kesuksesan dalam dunia usaha.
Mimpi kemaluan terlepas, maka pertanda akan mendapatkan masalah besar.
Mimpi mencuci rambut atau keramas, maka pertanda Anda harus menjaga tingkah laku anda.
Mimpi memotong rambut orang lain, maka pertanda Anda harus berhati-hati terhadap rencana yang akan datang.
Mimpi memiliki tangan kuat, maka pertanda akan sukses dalam berpolitik atau berusaha.
Mimpi melihat tangan yang indah, maka pertanda akan memiliki bakat seni.
Mimpi melihat tangan yang kena kotoran, maka pertanda akan mendapatkan keuntungan dalam berusaha meskipun sedikit.
Mimpi memiliki badan yang gemuk, maka pertanda akan disegani orang.
Mimpi memiliki badan kurus, maka pertanda tidak akan ada rejeki yang datang.
Mimpi tangan atau kaki putus, maka pertanda mendapatkan kesusahan mengenai harta.
Mimpi badan terikat dengan rantai, maka pertanda akan menderita sakit.
Mimpi melihat perut sendiri, maka pertanda akan terhindar dari kesusahan selama ini atau sanak-saudara yang masih muda.
Mimpi bercermin muka, maka pertanda harus berhati-hati dalam melakukan sesuatu.
Mimpi berzina atau bersetubuh dengan seorang wanita maka pertanda akan mendapatkan suatu kerugian.
Tafsir mimpi berzina dengan seorang pelacur petanda akan mendapat isteri yang sangat setia.
Mimpi berzina dengan seorang janda, maka pertanda akan mendapatkan seorang pendamping yang masih gadis.
Mimpi berziarah kemudian mayatnya keluar dari kubur, maka pertanda akan mendapatkan rezeki.
Mimpi berziarah ke makam wali, maka pertanda akan mendapatkan ketenangan hidup.
Mimpi berziarah ke makam orang tua (ayah atau ibu), maka petanda anda harus bersabar dalam melakukan sesuatu.
Mimpi membaca surah Yassin, maka petanda akan memiliki kediaman yang membahagiakan.
Mimpi memberi upah pada pegawai, maka pertanda akan mendapatkan kasih-sayang orang lain.
Mimpi sedang mandi, maka pertanda akan terlepas dari malapetaka atau kesialan.
Mimpi minum air di sungai, maka pertanda akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat.
Mimpi minum air yang jernih, maka pertanda akan terlepas dari prasangka buruk.
Mimpi berenang di dalam sungai, maka pertanda sesuatu yg diinginkan tidak terkabul.
Mimpi memenangkan suatu undian, maka pertanda akan mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
Mimpi menerima undangan dari orang lain, maka pertanda akan panjang umur.
Mimpi memberikan undangan pada orang lain, maka pertanda akan ditimpa kesalahfahaman.
Mimpi bertaubat kepada Allah, maka pertanda akan mendapatkan kehidupan yang sihat sejahtera.
Mimpi tidur di sebuah perahu, maka pertanda yang tidak baik.
Mimpi meniup trompet, maka petanda akan mendapatkan hasil yang memuaskan dalam usaha.
Mimpi pesawat terbang, maka pertanda akan mendapatkan sebuah undangan istimewa.
Mimpi memadam kebakaran rumah, maka pertanda akan mendapatkan rezeki.
Mimpi menjual telur, maka petanda akan mengalami perselisihan dengan pasangan.
Mimpi mengambil sebiji telur, maka pertanda akan mendapatkan sesuatu yang diharapkan.
Mimpi menebang sebuah pohon, maka pertanda akan dapat mendamaikan sebuah perkara.
Mimpi memukul isteri, petanda akan menderita sakit.
Mimpi mencuci muka, maka pertanda terlepas dari kesusahan.
Mimpi pergi ke pasar, maka pertanda akan mendapat godaan dan fitnah.
Mimpi menyembelih ayam, pertanda akan kehilangan salah satu orang tuanya.
Mimpi berkelahi dengan saudara sendiri, maka pertanda apa yang sedang diusahakan akan mendapatkan keberhasilan.
Mimpi menggunting sesuatu, maka pertanda akan mendapatkan uang atau pekerjaan.
Mimpi mengganti tempat tidur, maka pertanda akan mengalami kegalauan dalam rumahtangga.
Mimpi mengambil air dari sumur, maka pertanda akan mendapatkan rejeki tetapi dengan jalan amarah.
Mimpi memelihara binatang memamah biak (seperti sapi, kuda dan sejenisnya), maka pertanda akan memperoleh anak yang bijaksana.
Mimpi menyapu di dalam rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu.
Tafsir mimpi membeli rumah petanda mendapat keberkatan dari Allah.
Mimpi membawa wang logam, maka petanda akan terkelupas kulit badannya.
Mimpi bertengkar dengan atasan, maka pertanda akan mendapatkan pujian dari atasan anda.
Mimpi bertengkar dengan pasangan, maka pertanda akan mendapatkan sambutan hangat dari pasangan.
Mimpi berteriak di atas sebuah jembatan, maka pertanda akan dapat menyelesaikan perkara dengan mudah.
Mimpi memanggil seseorang, maka pertanda akan berpisah dengan teman.
Mimpi melakukan zikir beramai-ramai petanda akan mendapat ilmu pengetahuan baru.
Mimpi memanjat pohon, maka pertanda akan tercapai segala cita-citanya.
Tafsir mimpi menangis tanda akan beroleh kebahagiaan.
Mimpi menyelam di dalam air, maka pertanda akan mendapatkan kenikmatan dalam hidup.
Mimpi menyelam di air yang keruh, maka pertanda akan memiliki keinginan untuk melakukan pertapaan.
Mimpi menyeberangi sebuah sungai dengan perahu, maka pertanda akan mendapatkan pangkat.
Mimpi menembak sesuatu, maka pertanda akan mendapatkan keberhasilan dalam berusaha.
Mimpi mengunjungi sebuah rumah sakit, maka pertanda tidak dapat menyelesaikan sebuah persoalan.
Mimpi memeluk istri, maka pertanda akan mendapatkan rezeki.
Mimpi menggendong anak kecil, maka pertanda akan mengalami kerugian atau kesusahan.
Mimpi berbicara dengan seorang gadis, maka pertanda akan memperoleh kehidupan yang manis.
Mimpi menolong seorang pengemis, maka pertanda akan mendapatkan kemajuan dalam kehidupan dan cinta.
Mimpi membeli pakaian, maka pertanda terlalu memikirkan kehidupan pada masa yang akan datang.
Mimpi menjahit pakaian sendiri, maka pertanda akan memperoleh seorang kenalan atau cinta yang baru.
Mimpi memakai pakaian kotor, maka pertanda akan mendapatkan baju baru.
Mimpi memakai topi, maka pertanda akan mendapatkan kenaikan pangkat.
Mimpi tentang keluarga, maka pertanda akan berusaha dalam suatu perjuangan.
Mimpi hidup bahagia dalam sebuah keluarga, maka pertanda mendapatkan keberuntungan dalam keluarga.
Mimpi berada dia air bersama suami atau istri, maka pertanda akan beruntung usahanya.
Mimpi anak meninggal, maka pertanda akan timbul pertengkaran dalam keluarga.
Mimpi isteri sedang melahirkan anak petanda akan memperolehi rezeki yang besar.
Mimpi isteri mengandung alamatnya akan ada halangan yang datang.
Mimpi berteman dengan lelaki lain, maka pertanda akan mengalami kerugian.
Mimpi tentang ayah, maka pertanda akan terselesaikan segala kesulitan yang menghadang.
Mimpi melihat ibu, maka pertanda akan sukses dalam berusaha yang begitu sulit.
Mimpi mendengar suara ibu, maka pertanda akan datang berita berharga.
Mimpi anak yatim, maka pertanda akan hidup penuh kegembiraan.
Mimpi seorang bujangan, maka pertanda tidak akan menikah dalam waktu dekat.
Mimpi menjadi hakim, maka pertanda pendapat Anda tidak akan mendapat sambutan dari teman.
Mimpi menjadi orang kikir, maka pertanda Anda harus berhati-hati pada masa yang akan datang.
Mimpi menjadi seorang tentara, maka pertanda akan selalu mengalami perubahan hidup.
Mimpi menjadi tua, maka pertanda akan berumur panjang dan dapat menjadi juru selamat.
Mimpi anak kecil yang menjadi besar, maka pertanda akan memperoleh kegembiraan.
Mimpi tidak mengenakan pakaian (telanjang), maka pertanda akan mendapatkan kesialan yang tidak terduga-duga.
Mimpi baju robek, maka pertanda akan kehilangan salah seorang anggota keluarga atau mendapatkan kesusahan yang besar.
Mimpi mendapat baju besar, maka pertanda akan mendapat kenaikan pangkat.
Mimpi hilang dalam suatu gua, maka pertanda akan kehilangan segalanya.
Mimpi menjadi pengantin, maka pertanda akan mendapatkan uang atau mendapatkan kesusahan.
Mimpi orang sakit berkunjung ke rumah, maka pertanda akan mendapat halangan atau akan terserang suatu penyakit.
Mimpi dikejar orang jahat, maka pertanda akan mendapatkan rejeki.
Mimpi berjalan di tengah hujan, maka pertanda akan mengadakan kenduri.
Mimpi makan sambil berdiri, maka pertanda akan mendapatkan rejeki besar.
Mimpi perut kemasukan bulan, maka pertanda akan mendapatkan anak dan mendapatkan kedudukan yang besar.
Mimpi badan gemetar dan panas, maka pertanda akan merasa senang di dalam pekerjaanya yang sekarang.
Mimpi memperoleh sebuah cermin, maka pertanda akan mendapatkan jodoh yang mulia dan kaya-raya.
Mimpi mendapatkan mangkok atau piring, maka pertanda akan mendapatkan tambahan rezeki.
Mimpi tembok rumah runtuh, maka pertanda apa yang dikerjakan akan mendapat kerugian besar.
Mimpi dioperasi atau dibedah, maka pertanda semua yang dikerjakan akan mendapatkan keuntungan.
Mimpi rumahnya rusak, maka pertanda akan mendapatkan kedudukan.
Mimpi dikelilingi oleh capung, maka pertanda akan menemui musibah jika tidak berhati-hati.
Mimpi merasa bahagia, maka pertanda akan mendapatkan kesusahan.
Mimpi menjadi yatim piatu, maka pertanda akan mendapatkan ilmu yang bermanfaat.
Mimpi menjadi seorang pelayan hotel, maka pertanda akan mendapatkan pekerjaan baru yang lebih rendah dari sebelumnya.
Mimpi terserang penyakit campak, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan.
Mimpi naik perahu, maka pertanda akan memiliki kedudukan yang tinggi.
Mimpi berdiri di atas salji alamat perancangan anda akan menemui jalan buntu.
Mimpi makan di restoran sendirian, maka pertanda akan mengalami kegagalan dalam mewujudkan keinginan.
Mimpi berada di barak tentara, maka pertanda akan melakukan sebuah perjalanan.
Mimpi pengsan tandanya apa yang dirancang akan menemui kegagalan.
Mimpi menemukan sapu tangan, maka pertanda akan berselisih dengan kekasih anda.
Mimpi menemukan sebuah selimut, maka pertanda akan mendapatkan hidup yang serba kecukupan.
Mimpi memanggul senapang, maka pertanda akan memiliki nama baik.
Mimpi kehilangan kasut atau hilang sepatu petanda akan kehilangan sahabat baik.
Mimpi jumpa kasut petanda akan dihormati oleh ramai orang.
Mimpi menjadi seorang juru pidato, maka pertanda akan menjadi pemimpin masyarakat.
Mimpi dikhianati oleh teman, maka pertanda Anda akan tetap setia kepada suami atau isteri.
Mimpi tinggal di danau, sebuah rumah kecil di tengah sawah, petanda akan memperolehi kehidupan yang bahagia.
Mimpi menjadi seorang juru rawat, maka pertanda akan mendapatkan jabatan yang berhubungan dengan kesehatan.
Mimpi menjadi juara dalam satu perlumbaan petanda usahanya akan maju.
Mimpi berada di dalam sebuah kapal, maka pertanda akan datang musuh yang merosak usaha.
Mimpi memiliki rambut botak maka pertanda akan menerima khabar tidak baik.
Mimpi dipatuk ular bermaksud akan mendapat pasangan hidup.
Mimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
Mimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai anda.
Mimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
Mimpi memelihara anak ayam, maka pertanda akan mendapatkan kesusahan.
Mimpi memberi makan ayam, maka pertanda akan mendapatkan seorang anak.
Mimpi menyembelih babi petanda akan memperolehi keuntungan.
Mimpi memegang seekor tikus yang luka atau tikus yang sudah mati, maka petanda akan mendapat aib atau malu.
Mimpi membunuh tikus, maka pertanda akan mendapatkan keuntungan dalam usaha.
Mimpi melihat seekor singa, maka pertanda akan mendapatkan kedudukan tinggi.
Mimpi melihat buaya masuk ke dalam rumah maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan.
Mimpi melihat buaya di sungai, maka pertanda akan menemui bahaya.
Mimpi melihat burung merak, maka pertanda akan mendapatkan pertolongan seorang yang budiman.
Mimpi melihat burung sedang terbang, maka pertanda akan memperoleh kehidupan yang menyenangkan.
Mimpi memegang burung dara, Maka pertanda akan mendapatkan sebuah berita.
Mimpi melihat burung gereja, Maka pertanda akan mendapatkan jalan untuk melakukan sebuah usaha.
Mimpi menyembelih seekor sapi, maka pertanda akan mendapatkan keuntungan yang tidak terduga.
Mimpi melihat sapi masuk ke dalam rumah, maka pertanda akan mendapatkan rejeki yang banyak.
Mimpi dikejar-kejar oleh kijang, maka pertanda akan mendapatkan simpati dari banyak orang.
Mimpi melihat seekor gajah, maka pertanda akan mendapatkan pujian dari orang lain.
Mimpi melihat gajah masuk ke dalam rumah, maka pertanda akan mendapatkan kenaikan pangkat.
Mimpi melihat gajah keluar dari rumah, maka pertanda akan mendapatkan seorang tamu yang terhormat.
Mimpi memancing ikan, maka pertanda akan mendapatkan rejeki yang tidak terduga.
Mimpi melihat seekor ikan berenang di air, maka pertanda akan mendapatkan suatu pekerjaan yang diharap-harapkan.
Jika bennimpi melihat seekor ikan yang dapat terbang, maka pertanda akan mengalami kemerosotan dalam berusaha.
Mimpi melihat seekor ular naga, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan atau mendapatkan seorang anak yang bijaksana.
Mimpi dikejar seekor ular naga, maka pertanda akan mendapatkan rezeki.
Mimpi melihat ular naga yang sedang tidur, maka pertanda akan mengalami kerugian dalam usaha.
Mimpi dikejar-kejar harimau, maka pertanda akan mandapatkan seorang pendamping yang setia.
Mimpi melihat harimau yang masuk ke dalam rumah, maka pertanda akan memperoleh kesusahan.
Mimpi melihat seekor itik, maka pertanda akan mendapatkan ketenangan jiwa.
Mimpi melihat kambing, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan.
Mimpi memakan daging kambing, maka pertanda akan mendapatkan, harta benda yang banyak.
Mimpi melihat seekor kelabang, maka pertanda Anda sedang diintai oleh seorang.
Mimpi digigit oleh seekor kelabang, maka pertanda akan mendapatkan godaaan dari seseorang.
Mimpi digigit oleh lintah, maka pertanda akan mendapatkan godaan dari wanita jahat.
Mimpi melihat seekor lintah, maka pertanda akan mendapatkan godaan seorang wanita.
Mimpi disengat lebah, maka pertanda akan mampu membalas kebaikan orang tua.
Mimpi melihat sekelompok lebah, maka pertanda akan mencapai kesuksesan dalam pekerjaan.
Mimpi melihat banyak lalat berterbangan, maka pertanda akan dihargai dan dihormati ramai orang.
Mimpi dikerumuni banyak lalat, maka pertanda akan mengalami gangguan dalam hidup.
Mimpi membunuh lalat, maka pertanda akan mendapatkan kesenangan.
Mimpi melihat kuda melompat, maka petanda akan terbebas dari belenggu ketakutan.
Mimpi digigit labah-labah, maka petanda harus berhati-hati dalam membelanjakan wang perolehan.
Mimpi melihat labah-labah, maka pertanda akan mengalami banyak dugaan.
Mimpi membeli seekor keldai, maka pertanda tidak dapat menyelesaikan suatu persoalan.
Mimpi menaiki seekor keledai, maka pertanda akan mengalami keberhasilan dalam usaha.
Mimpi melihat seekor kelawar, maka pertanda akan mengalami kesulitan kewangan.
Mimpi digigit seekor kera, maka pertanda akan dibayangi kegelisahan.
Mimpi melihat seekor kera, maka pertanda akan diganggu oleh orang yang merasa tidak senang.
Mimpi melihat seekor kupu-kupu, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan atau akan kedatangan tamu dari jauh.
Mimpi memelihara kuda di dalam rumah, maka pertanda akan mendapatkan seorang anak yang sangat baik.
Mimpi menunggang kuda, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan.
Mimpi dicakar kucing, maka pertanda akan menjadi sasaran fitnah.
Mimpi melihat anjing berkelahi, maka pertanda akan berdamai dengan seorang teman.
Mimpi dikejar beruang, maka pertanda akan mendapatkan kesusahan dari seseorang.
Mimpi memegang cengkerik, maka petanda akan dikaruniai anak yang kurang baik.
Mimpi melihat katak, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan.
Mimpi melihat kelinci, maka pertanda akan mengalami kehidupan senang dan bahagia dalam perkahwinan.
Mimpi dibeliit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.
Mimpi banjir, maka pertanda akan tertimpa kegelapan hati.
Mimpi melihat awan yang gelap, maka pertanda akan mendapatkan kesulitan luar biasa.
Mimpi melibat awan putih, maka pertanda akan mengalami kebahagiaan dalam perkawinan.
Mimpi melibat asap, maka pertanda akan menderita suatu penyakit.
Mimpi melihat pemandangan dari tempat yang tinggi, maka pertanda akan mendapatkan rezeki atau kemuliaan hidup.
Mimpi mendengar suara deru angin, maka pertanda akan memperoleh kegagalan dalam sebuah rencana.
Mimpi melihat sesuatu yang dirobohkan oleh angin, maka pertanda akan menemui banyak musuh dan kesukaran hidup.
Mimpi melihat matahari terbit, maka pertanda akan mendapatkan kegembiaan.
Mimpi melihat sinar matahari yang suram, maka pertanda akan mendapatkan kesulitan besar.
Mimpi melihat cahaya, maka pertanda akan mengalami hidup yang sangat bahagia.
Mimpi melihat matahari separuh, maka pertanda akan ado perang besar.
Mimpi matahari turun ke bumi, maka pertanda akan ada pemimpin yang meninggal.
Mimpi melihat hujan disertai angin ribut, maka pertanda akan kembali ke kampung halaman.
Mimpi melihat hujan, maka pertanda akan terhindar dari bahaya.
Mimpi melihat kabus, maka pertanda akan ditimpa malapetaka yang hebat atau menderita suatu penyakit.
Mimpi melihat bintang, maka pertanda akan mendapatkan pengetahuan yang baik.
Mimpi melihat kilat atau guntur, maka pertanda akan mendapatkan tambahan ilmu pengetahuan.
Mimpi melihat bulan, maka pertanda akan dikasihi oleh seorang pemimpin.
Mimpi melihat terang bulan, maka pertanda akan mendapatkan kelancaran dalam usaha.
Mimpi melihat bulan kembar (ada dua buah bulan), maka pertanda akan ada peperangan antara pemimpin.
Mimpi menelan bulan, maka pertanda akan mendapatkan derajat atau kedudukan yang tinggi.
Mimpi disambar petir bermakna akan berkurang rezeki.
Mimpi melihat hujan lebat, maka pertanda akan mendapatkan sainganyang berat dalam percintaan.
Mimpi mandi di sungai, maka pertanda akan selalu terjaga kesehatannya.
Mimpi minum air sungai, maka pertanda tidak tercapainya suatu kebahagiaan yang dicita-citakan.
Mimpi mengarungi samudra, maka pertanda akan terhindar dari perbuatan jahat.
Mimpi melihat telaga, maka pertanda akan bertambah harta bendanya.
Mimpi langit pecah, maka pertanda negaranya akan dijajah orang.
Mimpi melihat kilat sambar-menyambar alamat akan mendapat penghargaan yang tidak berwujud.
Mimpi melihat tanah terbelah, maka pertanda akan menderita sakit.
Mimpi sumur terbakar, maka pertanda akan ada kejadian yang tak terduga.
Mimpi melihat awan yang jatuh ke bumi, maka pertanda akan dapat membeli segala sesuatu yang diinginkan.
Mimpi melihat awan yang berwarna merah, maka pertanda akan melihat daerah yang tertimpa bencana.
Mimpi melihat bintang jatuh maka pertanda akan mendapatkan berkah dari Allah.
Mimpi melihat langit yang cerah, maka pertanda akan mendapatkan anak yang baik.
Leave a Reply