Sudah pasti antum berasa pelik sekiranya tiba-tiba mendapat mimpi kenduri atau mimpi makan di satu majlis jamuan.
Apabila ada kenduri lengkap dengan jamuan makan maka sudah tentu pula ada urusan atau perkara besar yang terjadi.
Perihal mimpi kenduri itu bagi sebahagian orang yang mengalaminya boleh ditelah tafsiran yang hampir sama dengan tafsiran erti mimpi jamuan makan.
Jamuan yang dimaksudkan dalam bab tafsir mimpi jamuan merujuk kepada majlis jamuan makan seperti majlis kenduri, perhimpunan masyarakat, majlis keraian, sambutan hari kelahiran dan yang seumpamanya.
Adapun menurut tafsirannya dikatakan bahwa seseorang yang mendapat mimpi hadir dalam satu majlis jamuan petandanya adalah sangat baik.
Ilmuwan tafsir mengatakan mimpi menghadiri kenduri atau majlis jamuan itu kemungkinan besar bermakna tandanya akan beroleh kehidupan yang bahagia.
Sebaliknya dikatakan pula jika seseorang itu bermimpi akan majlis jamuan dan dia mengelaknya ataupun mimpi dijemput untuk satu majlis jamuan namun si pemimpi itu menolak jemputan tersebut bererti penyesalan.
Mimpi menolak hadir kenduri atau jamuan dikatakan kemungkinan petanda akan mengalami penyesalan atas perbuatan atau keputusan yang diambil. Atas sesalan itu kelak boleh menyebabkan akhirnya orang itu keseorangan.
Justeru, berfikirlah sedalam-dalamnya dan pertimbangkanlah semua perkara sebelum terburu-buru mengambil sebarang tindakan yang signifikan.
marjogos says
apa maksud mimpi jumpa raja dalam satu majlis.tolong tafsir.
norrish abdullah says
apa maksud mimpi saya ni.saya seorang janda.saya bermimpi berkahwin dengan lelaki muda yang tidak dikenali
Arol says
Sy mimpi pergi kenduri tetapi ada dua majlis dibuat di satu tempat.. Sy puma ragu2 tempat yg sy dtg, tp yakin sbb dlm mimpi tu sy makan dlm rumah jiran sy. Yg di luar itu kenduri lagi satu. Dlm mimpi pun ada org bagi juadah lain utk dirasa.
Hecks bonds says
Saya bermimpi tentang pergi ke majlis kawin dan makan nasi pengatin lelaki yg beri kan da sa ternampak lagi keris@ parang pendak lalu sa simpan di dalam pelastik
Surirumah says
Saya semalam mimpi agak pelik sikit.
Saya tiba2 berada di rumah lama saya. Keadaan rumah, susunan barang perabot semua masih sama, cuma pelik nya makcik saya yg tinggal disana. Saya rasa dlm mimpi tu macam saya ni tinggal dgn dia. Mak dan adik2 dtg kejap lepas tu balik.
Makcik saya berehat sambil baring2 nonton tv, saya pun masuk lah dlm bilik.
Masuk bilik, tiba2 kat tgn saya ada envelope dan wang $10 3 keping dan $5 sekeping.
Tiba2 saya dgr riuh rendah diluar. Bila saya
klua bilik je, saya dapati ada ramai orang. Mak, makcik saya yg lagi satu dan adik perempuan ada sekali. Dekat meja makan, ada sekumpulan perempuan yg saya tak kenal tgh makan, tapi tengok saya sambil.senyum2. Saya senyum balik.
Bila saya tnya ni majlis apa, tiba2 mak saya cakap majlis merisik si polan dan si polan.
Saya pun terkejut. Pasal realiti anak si polan lagi satu ni mmg blm kahwin. Tapi anak polan yg lagi satu ni, dah kahwin.
Terus saya terjaga.
Wallahualam.