May 23, 2013

Tafsir Mimpi Kahwin

Tafsir Mimpi Berkahwin


Kahwin ialah lambang kemesraan.

Secara umumnya mimpi berkahwin atau bernikah adalah mimpi yang lumrah di kalangan anak-anak muda yang masih bujang. Hatta, seseorang yang masih bujang, samada lelaki atau wanita, yang mimpi berkahwin mungkin memberi alamat bahawa dia akan segera menemui jodohnya dan mendirikan rumahtangga dalam kehidupannya di alam nyata.

Seseorang yang bermimpi menghadiri majlis perkahwinan mungkin memberi alamat dia akan menempuh suatu hari yang baik dalam masa terdekat, dengan syarat tidak ada seorang tetamu pun di dalam mimpi tersebut memakai pakaian berwarna hitam.

Seorang wanita yang bermimpi berkahwin dengan seorang lelaki yang telah berusia mungkin memberi alamat yang tidak baik. Dikatakan itu petanda bahawa dia akan mendapat penyakit atau dia mungkin akan mendengar berita buruk mengenai sesuatu yang ada kaitan dengan dirinya.

Jika seorang andartu atau anak dara tua bermimpi berkahwin, juga kemungkinan memberi alamat bahawa si pemimpi akan mendapat suatu berita yang mendukacitakan.

Seorang yang telah pun mendirikan rumahtangga bermimpi berkahwin, dengan seseorang yang bukan pasangan dalam kehidupan nyatanya, kemungkinan menandakan bahawa si pemimpi tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap pasangan hidupnya atau mencerminkan dia menaruh perasaan cemburu terhadap pasangan hidupnya.


rahsia mimpi mengenai:

mimpi berkahwin . mimpi kahwin . Tafsir mimpi berkahwin . tafsiran mimpi berkahwin . mimpi kawin . mimpi bernikah . makna mimpi berkahwin .

Comments

  1. NOOR HAMIZY says:

    SAYA BEMIMPI SAYA MENGAHWINI SESEORANG YANG SAYA X PERNAH JUMPA APA MAKSUD DIA DALAM MIMPI 2 KEDUA ORANG TUA SAYA YANG CARI KAN DAN GADIS 2 SEDAP MATA MEMANDANG DAN DALAM MIMPI 2 SAYA PERKENALKAN DIA DENGAN KWN 2 BAIK SAYA APAKAH MAKSUD NYA.TLG BANTU SAYA

    • tok wan says:

      Tafsir mimpi untuk situasi yang betul2 menepati seperti apa yang diceritakan tak dapat saya temui. Tapi kisah dalam mimpi tu boleh saja disamakan dengan ‘bercinta’. Walaupun tidak meempunyai persamaan 100%, tetapi sekurang-kurangnya ada tempiasnya… Apa2 pun kalau ada perasaan ingin tahu, cuba baca tafsiran mimpi tersebut di sini.

  2. atiqah says:

    Saya bermimpi saya sudah berkahwin tapi lepas asar.
    Saya berkahwin tapi saya tak nampak muka lelaki tu.
    Apa maksud mimpi saya ni?
    Dan dalam mimpi tu seperti saya baru mengenali lelaki itu, means saya macam tak berapa rapat dengan suami saya dalam mimpi itu.

    • tok wan says:

      Tok wan fikir ia tidak membawa apa-apa makna memandangkan mimpi itu dialami ketika tidur selepas Asar.

      Walau bagaimanapun, sekadar berkongsi pengetahuan, salah satu tafsiran mimpi berkaitan kahwin atau lebih tepat lagi mimpi jadi pengantin dikatakan memberi alamat bahwa si pemimpi akan beroleh banyak keuntungan di hari mendatang.

  3. liya says:

    salam..mak sy bersimpi sy tengah bersiap2 untuk berkahwin..apakah maksudnya?

  4. Hani says:

    Saya Hanisah atau lebih dikenali sebagai Hani.. saya pernah bermimpi yang saya bermusuhan kemudian bercinta pula dengan seseorang yang sekelas ngn sy di sekolah.padahal sy bru drjh lima dan mmmg betul sy selama ni slalu bergaduh ngn budak laki tu..jd apekah maksud mimpi saye?

    • tok wan says:

      Mungkin salah seorang, samada Hani atau budak lelaki tu sebenarnya dalam diam ada menyimpan perasaan suka dalam hati. Perasaan sedemikian kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam.

      Perlu diingatkan (walaupun rasanya Hani dah memang sedar) bahawa pada peringkat umur yang masih muda, eloklah menumpukan penuh perhatian kepada pelajaran. Berkawan memang digalakkan tapi jangan sampai terpengaruh sepertimana yang dilakonkan dalam drama dan filem. Semua itu boleh tunggu, hingga selepas masing2 betul boleh berdikari.

      Daripada pengalaman tok wan, memang ada pasangan yang pada awalnya ‘tak ngam’. Kalau Hani nak tahu, sesetengah lelaki kalau dia suka sakat budak perempuan, itu tandanya dia suka kat budak tu. Cuma dia tak berani nak ngaku sebab takut diejek oleh kengkawan, nanti dikatakan ‘jiwang’.

  5. Mikhailao says:

    saya perempuan berumur 26 tahun & teringin sgt nak kahwin tapi belum ada jodoh. Masih single. Baru2 ni saya bermimpi telah pun selamat melahirkan anak lelaki iras2 anak buah saya. Family saya pun happy tengok saya sudah ada anak. Family mmg semua happy masa tu. Lepas tu dlm mimpi boleh pulak saya bertanya sendiri “bila masa pula saya berkahwin?”. Tak lama tu saya nampak suami saya dgn jelas tapi saya tak kenal. Dia kira2 seumur abg saya yg tua berumur 32 tahun. Boleh kata suami saya tu berumur 30-an. Dan lepas tu saya nampak gambar perkahwinan saya dgn suami. Baru tau masa tu saya dah kahwin. Saya happy. Dlm mimpi tu juga saya sempat ckp kat suami saya nak jumpa & bercakap dgn dia. Masa dia nak dtg, tiba2 saya terbangun. Bangun je terus pikir mana anak & suami saya? Ya rupanya saya bermimpi. Saya senyum je lepas tu. Happy & bahagia sgt wlu ia mimpi. Boleh saya tau makna mimpi saya? Maaf, panjang sgt sebab bahagia dlm mimpi tu masih terasa sampai skrg.

  6. hamba allah says:

    Saya selalu bermimpi berkahwin dengan someone yg saya suka sejak form 2..skrg saya dh 18..dan semalam saya bermimpi saya kahwin dgn orang yg sama dan dlm mimpi abah saya yg kahwinkan saya..apa maksud tu?..atau hanya mainan tidur…

    • tok wan says:

      Memang dah menjadi lumrah dalam kehidupan bahawa setiap insan akan terkenangkan kisah silamnya (biarpun tidak selalu) baik kenangan yang manis ataupun yang tak berapa manis. Walaupun ada yang menafikan, tetapi kenangan tentang ‘cinta pertama’ selalunya tak akan lekang sehingga ke akhir hayat dan acapkali akan terbawa-bawa dalam mimpi.

      Sehubungan dengan pemerhatian di atas, mimpi yang anda alami itu hanyalah bunga tidur sahaja. Jauh di sudut hati, anda terkenangkan si dia dan mungkin kadangkala tertanya-tanya (di dalam sanubari) akan perkembangan si dia. Lazimnya mimpi sebegini akan mulai jarang-jarang dirasai setelah anda merasakan telah bertemu dengan orang lain yang mampu menambat hati anda.

  7. mozack94 says:

    Saya bermimpi berkhawin dengan seseorang yang saya kenal sejak darjah 4..saya berkhawin dengan dia kerana terpaksa mengikut kehendak adik perempuan dan ibubapa dia..adik dia mempunyai penyakit dan dia hendak melihat saya bahagia disisi kakaknya..sehinggakan segala perbelanjaan ditanggung oleh keluarga dia..sudah tiga hari saya bermimpikan benda yang sama selama tiga malam…boleh saya tau apakah maksudnya?

  8. juelia says:

    slm…sye julia 27 thun.single.smlm sye bmimpi sye bkhwin dgn sorg jejaka yg x sye knali..mke dia sye nmpak dgn jelas.ape mkna dsblik mimpi sye itu..

    • tok wan says:

      Kata orang tua-tua, tak lama lagi nak dapat jodoh lah tu… tok wan doakan semoga Juelia dipertemukan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan mampu membahagiakan anda. amin…

  9. nurul natasya says:

    salam..saya natasya. saya bermimpi saya berkahwin dwngan dua orang sekali lelaki.seorang itu ialah abg angkat saya dan seorang lagi pakwe saya.,apakah sebalik mimpi tersebut?

    • tok wan says:

      Salam Natasya. Seperti yang anda sedia maklmum, di alam nyata dan dalam kehidupan normal perkara sedemikian pastinya tidak akan terjadi. Mimpi tersebut, tidak membawa apa-apa alamat, tetapi lebih cenderung menggambarkan naluri dan perasaan anda terhadap orang-orang yang disayangi. Dalam hal ini, anda juga sebenarnya masih dalam dilema yakni tak mampu untuk meletakkan sempadan perbandingan antara perasaan cinta dan kasih sayang.

      Sudah tentu, bukan satu masalah (nyata) sebab sudah jelas bahawa kiranya sudah tiba masanya untuk mendirikan rumahtangga, tentunya si pakwe yang dipilih memandangkan ramai yang maklum dia seorang ‘pakwe’. Tapi jika dalam situasi berbeza, contohnya anda mengenali kedua-duanya sebgai rakan, dan kedua-duanya bukan seorang pakwe atau abang angkat… maka kemungkinan besar anda akan menghadapi dilema jika diminta memilih hanya salah seorang daripada keduanya.

  10. madinadzri says:

    Salam,

    Sejak kebelakangan ini, Saya m’dpt mimpi yg aneh dan ia berkaitan dengan ular..bukan sekali tp 2 kali dengan gmbaran yg berbeza..

    1. Pertama, saya bermimpi dalam waktu kejadian masa itu malam bersama adik lelaki saya dan ibu saya di dapur. Tiba-tiba ada seekor ular berwarna putih cuba untuk memasuki rumah kami dan adik lelaki saya cuba menghalang ular itu masuk dgn mengunakan kayu tp tidak berjaya kerana ular itu berjaya masuk ke rumah kami dan menakutkan saya dan ibu saya. Selepas ular itu masuk, ia tiba2 hilang dan saya tersedar.

    2. Kedua, keadaan ni baru saja terjadi pada malam semalam dimana saya bermimpi berpakaian pengantin berwarna putih seorang diri berjalan diatas bukit dan ingin pergi ke majlis p’kahwinan saya. Tp di sepanjang perjalanan itu, saya di datangi dengan byk ular yang berwarna hitam dgn pelbagai saiz. Kemudian saya cuba utk melalui jalan lain, tiba2 saya diserang seekor ular hijau / ular daun yg bersaiz kecil dan ingin mematuk saya.Saya sempat mengelak dan ular itu masih cuba mematuk saya tp tidak mengena dan dia hanya dpt mengigit baju pengantin yg saya pakai saja. Selepas itu saya mengambil keputusan utk melalui jalan yang t’dpt byk ular hitam itu semula dgn berhati2.Akhirnya saya smpi ke tmpt destinasi dan berjumpa dgn seorg lelaki yg berpakaian pengantin berwarna putih seakan2 lelaki itu menoleh ke arah saya setibanya smpi di situ.Saya tdk dpt melihat wajah lelaki itu dgn jelas dan seolah2 latar belakang lelaki itu bercahaya.

    Note : Hanya ingin mengetahui isi tersirat d’sebalik mimpi yg telah saya alami ini. Minta perjelasan bg sesiapa yg mahir tentang tafsiran mimpi. Terima Kasih

    • No Name says:

      Erm… 1stly, nak bg tau yg sy nie bukannya mahir ttg tafsiran mimpi… sekadar utk berkongsi pengalaman… psl mimpi ular tu, org kata selalunya mimpi kena sihir n bergantung dgn jenis ular gak. tp, x tau la sejauh mana kebenarannya. hanya Allah SWT sja yg tau… sy n mama sy bnyk kali mimpi kena dtg dgn ular. ular masuk rumah n kena patuk dgn ular. mimpi tu masa tgh mlm kira2 pkul 1 – 2 pagi… n bnyk kali gak dpt tau yg mama sy sakit kena buat org…
      psl sy mimpi kena patuk ular, org kata dpt jodoh kan? tp, sampai skrg sy masih lg single mingle… x tau la… boleh percaya ka mimpi kena patuk ular adalah jodoh? apa2 pun, semuanya dtg drp Allah SWT… :)

  11. lilian sonny says:

    saya pernah bermimpi berjalan menuju ke kaabah bersama anak saya , semasa dalam perjalanan saya melalui kesulitan dimana jln yang saya lalui penuh dgn lumpur susah untuk meneruskan perjalanan tetapi dalam masa yang sama saya bertemu dengan seseorang seperti seorang ulama memberikan saya sebentuk cincin berwarna ungu crystal lalu berkata “pakailah cincin ini , kerana ia memudahkan perjalanan anda ” semasa menyarungkan cincin tiba-tiba laluan yang saya lalui tadi bersama anak saya menjadi laluan yang sangat mudah setiap jalan di penuhi rumput yang indah dan semasa dalam perjalanan itu saya sempat bertemu arwah abang saya yang tersenyum kearah kami dua beranak.perjalanan menuju ke kaabah menjadi senang dan selesa wahai tok wan apakah maksud mimpi saya itu .

  12. emerald_swarovski says:

    salam….saya telah berkahwin..tapi saya mendapat mimpi berkahwin dengan lelaki lain iaitu sepupu saya(dalam realiti sepupu saya pun telah berkahwin),,ape maksudnye ye…

  13. hamba allah says:

    sy bermimpi bhawa sy n kawn sy bermadu..kwn sy mjadi isteri ptama mnakal sy mnjadi isteri kedua. dalam mmpi tersebut sy n suami xpernah bsetubuh dgn suami shinggalah pd stu ari suami sy mperkosa sy. stelah itu sy mngandung. namun dlm mimpi tsebut sy xmcintai suami sy tp sy bhgia dgn layann nye..

    apa kah mksdnye ye?

  14. achikin says:

    salam,sy nk tnye…kalo kite bermimpi berkahwin ngn kekasih lama….pada saat2 bernikah..cancel…tak jadi…apa maknenye ye??

  15. haslin says:

    saya bermimpi yg saya berkahwin dengan seorang lelaki yang muda tetapi saya tak kenal….sedangkan dlm mimpi tu jugak saya ada suami…ibu saya juga menghadiri majlis itu..apa maksud mimpi saya tu?

  16. bella says:

    saya bermimpi kahwin dengan ex bf sya y dh 3taun mnggal d dlm mimpi tu kitorg bhgia…ape mksd mmpi tu d hngga kini sy msh blm bkhwin lg

  17. Sofea says:

    saya pernah bermimpi yang sya hadir ke majlis perkahwinan,,,selepas itu saya dipanggil oleh cikgu saya untuk menyalin baju …baju perkahwinanlah…pastu sy nampak seorang lelaki pun tukar baju perkahwinan….tak lama dari tu kitaorg akad nikah…ape mksud mimpi sy ????tlg bitau…..

  18. Nazi says:

    Malam semalam saya bermimpi saya berkahwin dengan teman lelaki saya. Masa majlis tersebut,semasa sya berjlan utk pergi ke psgn sya,de saje halangan b’laku.cthnye saya ikut laluan lain & psgn ikut laluan lain,akhirnya xbertemu. Kebiasaan,ketika majlis kenduri pihak ppuan, apabila pngantin lelaki smpai,pngntin ppuan akan berjalan pergi ke pengntin lelaki berada. Dalam mmpi tesebut,semasa sy pergi ke psgn,de hlgn yg blaku..bila ulang balik,hlgn lain plak berlaku…apakah maksud mimpi tersebut?

  19. apple says:

    sya mimpi sya bertunang. dlm mimpi tuh sya sedang mnyiapkn smua utk pertunangan. dlu sya penah mimpi bertunang jgk. tpi tunang tidak hadir. tapi kali ni tunang sya hadir dn sya knl siapa llki tuh..apakah mksdnya?

  20. aha says:

    Salam, beberapa bulan yang lalu sy pernah bermimpi berkahwin dgn lelaki yg merupakan bf sy pd waktu tu. Tp sekarang kami telah berpisah. Sy nmpk dgn jelas kami berdua memakai pakaian pengantin dan seperti di atas pelamin. Sy juga nmpk kemudiannya sy mengandung selepas perkahwinan itu. Apakah maksudnya? Sekadar ingin tahu.. Tq

  21. anies says:

    salam tok wan..sy mimpi sy tgh main kejar2 dgn sorg laki ni..tetibe ade sorg budak main jgak..laki tu pon main dgn budak tu dgn mesra sekali..sy confuse pastu sy tgk kat jari sy da ade cincin..laki tu mmg sy suke dari dulu pon..ape maksudnye tok wan??da byk kali sy mimpi ade cincin kat jari manis sy..

  22. ana says:

    salam..baru2 ni sye b’mimpi sye b’kahwin dgn ank raja..tp mse tu sye pn xtau majlis tu untk sye n apabila dipanggil pengantin perempuan tu utk naik ke pelamin baru sye tau sye y b’kahwin..ape ye mksg mmpi sye tu?

  23. Farrah Atikah bt Rahim says:

    Assalammualaikum,

    Saya selalu bermimpi seorang lelaki brulang kali. Tiap kali saya bermimpi, dia seperti cuba menyampaikan atau memberitahu sesuatu kepada saya tapi menghadapi kesukaran. Baru-baru ni, saya mimpi dia bersedih dan memberitahu masalah yg dia alami. Saya terasa dia benar-benar dihadapan saya, dan saya cuba menyentuh rambut dia, memang betul-betul macam nyata. Saya seorg perempuan dan belum berkahwin, manakala dia kawan zaman sekolah, dan berlainan agama dengan saya dan kami memang sudah lama tidak berhubung.

  24. nurul bunian says:

    Assalamualaikum wbt..

    Saya ingin bertanya kepada Tok Wan mengenai mimpi saya ini. Diharapkan Tok wan sudi menafsirkan mimpi saya ini. Saya sudah mempunyai teman lelaki dan baru-baru ini saya ada bermimpi saya menikah dengan lelaki yang tampan dan saya langsung tidak mengenali dia. Saya dinikahkan pada hari yang sama dengan sepupu perempuan saya dan saya merelakan tanpa berfikir panjang. Namun selepas penikahan saya mula menangis dan teringat pada pilihan yang lain disebabkan saya tidak pernah mengenali lelaki itu. Pada hari pernikahan saya memakai baju serba putih dan perwatakan lelaki itu kelihatan baik-baik sahaja. Saya merasakan mimpi ini sudah menganggu emosi saya dan juga hubungan yang sedia ada. Saya khuatir untuk menceritakan perihal mimpi ini kepada teman lelaki saya.

    p/s Tok wan : diharap dapat membantu ya.. wassalam dan terima kasih :)

  25. aqilah says:

    as salam..baru2 nie saye mimpi saye kawen ngn sepupu lelaki saye…yg peliknye..tetibe je mak dye dtg umah saye kate arinie ari pernikahan saye…dye suruh saye bersiap sebab majlisnye kt umah pengantin lelaki…saye ngn sepupu saye tu x de la rapat…pastu saye tersedar dr tidur..pastu esoknye saye mimpi saye mengandung….tu je citenye.

  26. LALA says:

    SEMLM SYA MIMPI SAYA PERGI KE MAJLAS KHWIN BEKAS TEMAN LELAKI SYA LPS TU DLM MIMPI TU SYA GADUH NGN BEKAS TEMAN LELAKI SAYA… SAYA MIMPI BENDA NE LPS SUBUH… APA MAKSUD TOL BG TAHU PLS…

  27. amir says:

    seumur hidup saya…saya pernah sekali je mimpi berkahwin..itu pun sekadar mimpi akad nikah…perempuan tu saye xkenal sape…xpenah jumpe pn…ape makneye ni?

  28. liza says:

    klu kita mimpi kawin lagi sekali lagi dgn suami sy.tpi suasana majlis biasa..tiada sanding hya jemput makan2 sahaja…tpi masa dlm mimpi sy susah sgt nak jumpe suami sy..dia kmna sy kmna ntah…susah nak jumpa dlm majlis tu…

    • tok wan says:

      Pada fikiran tok wan, itu menunjukkan tanda Liza memang sayang kepada suami dan redha dengan perkahwinan serta sentiasa berharap dan berusaha mengekalkan keharmonian rumahtangga sampai bila-bila. Bab masing-masing susah nak jumpa tu umpama kehidupan biasa dalam kehidupan (terutama bagi yang sudah lama berkahwin), masing-masing memerlukan dan memberi ruang kepada pasangan untuk aktiviti masing-masing. Namun perasaan kasih-sayang dan ikatan rasmi sebagai pasangan suami isteri tetap utuh.

  29. sya says:

    ape maksudnye bile saye nak lupekan seseorang y saye suke tp sy semakin bermimpi dia…pdahal sy nk lupekan dia..

    • tok wan says:

      Perkara itu terjadi kerana hati dan perasaan anda sentiasa teringatkan si dia sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.

      Secara lahiriahnya mungkin terungkap sedikit rasa benci dan marah terhadapnya, namun dek kerana hati yang sudah terpaut sememangnya sukar untuk melupakannya. Apatah lagi jika ini pertama kali berputiknya rasa kasih anda kepada seorang lelaki yang berkemungkinan boleh menjadi pasangan hidup.

      Ia mungkin mengambil masa yang lama. Namun jika ditingkatkan dengan aktiviti dan lebih-lebih lagi jika sudah berjumpa pengganti, mimpi sedemikian akan lenyap dan hanya muncul lama-lama sekali.

  30. shasha says:

    Salam. Saya bermimpi melaihat kawan saya berkahwin. Mimpi yang pertama, dia menjemput saya ke majlis perkahwinannya. Kedua, saya berada dia majlisnya. Saya tidak beberapa ingat dengan persandingannya tetapi saya ingat, dalam mimpi saya itu, saya agak sedih. Apakah maknanya itu?

  31. Norfazirah says:

    Salam … sy nk tanya kalau kita mimpi perkahwinan tak dapat restu keluarga apa maksudnya ?? tp yg dlm mimpi tu wajahnya bukan org yg kita kenali… cuma rasa hati je yg mmbayangkn itu org yg kita cintai ….

  32. Nur Jannah says:

    Salam..saya baru2 ni dua hari berturut2 mimpi yg sy ni berkahwin. Hari pertama saya xnampak muke lelaki tu tp hari kedua saya nmpak. Yang hari kedua tu family die semua dtang rumah saya hantar tanda..ape maksudnya ya?

  33. fatin nur shahira says:

    assalamualaikum saya nak tanya , saya bermimpi saya telah bernikah dengan seseorang lelaki yang saya kenal , tetapi selepas sah menjadi suami isteri lelaki itu tidak pernah menyentuh saya walau sekali ?

  34. muhammad says:

    Salam. Baru ni sy bermimpi sy berkhawin. Tapi ketika perkhawinan nak berlansung tu sy lambat bersiap. Kemudian lepas bersiap sy duduk dpn tok kadi nak mengucap kan akad nikah tu. Tp tok kadi tu mcm menegur sbb sy lambat tp sy tak dgr apa yg dia ckp. Kemudian dia mengambil tangan sy terus dia letak di kaki dia. Di kaki tok kadi tu ada darah. Kemudian sy marah kan tok kadi tu. Sy pon ckp nak pegi ambil wuduk. Lepas ambil wuduk tu tiba seakan sudah selesai akad nikah nya. Dan sy dibawa berjumpa pengantin perempuan. Tp muka pengantin perempuan seakan kabur dan sy tak kenal dgn muka dia. Apakah maksud mimpi ini. Hati sy tak tenang asyik fikir kan mimpi ni

  35. mira says:

    salam, saya dah berkahwin tapi saya selalu bermimpikan lelaki lain, in fact lelaki tu sume saya x kenal pon. dan bile bangun pagi saya akan rase bersalah ngan suami sbb “curang” dlm tido..

    sebelum tido saya dah baca 3 kul, ayat-kursi n etc..tp kenapa ye still mimpi mcm tu.. takut..

    saya tak de fikirkan lelaki lain atau ape2 sebelum tido…

  36. Yusizan says:

    assalammualaikum tok wan… saya lelaki berumur 28 tahun… semenjak kebelakangan ini saya telah bermimpi sebanyak 2 kali saya ingin akad nikah… bagaikan mimpi itu bersambung2… dalam mimpi yang ke 2 tuh saya bermimpi yang saya memakai baju melayu putih krim… saya dan orang ramai tengah menunggu pengantin perempuan datang… tiba2 pengantin perempuan berlari ke arah satu tempat… dan di situlah saya bertanyakan dengan si dia “nak nikah ke x nie ???” dia berkata “ye abang kita nikah yer”… dan saya terus membawa si dia pergi ke tempat akad nikah… sampai di situ terus tok kadi cakap “alhamdulilah saya akan sujud sahwi”… dan saya pun tersedar selepas itu… persoalannya saya… APAKAH MAKSUD MIMPI SAYA NIE ??? ADAKAH SAYA AKAN BERKAHWIN TIDAK LAME LAGI ???? DAH SAMPAI SERU KE NIE ???? ATAU MAINAN TIDUR SEMATA2 ??? untuk pengetahuan tok wan saya sekarang sudah ada calonnya… tapi belom ade ikatan lagi… tolong ungkapkan mimpi saya ini tok wan yer… ok tuh je.. wasalam.

    • tok wan says:

      Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh Yusizan. Moga-moga anda diberikan kesihatan dan kehidupan yang baik, insyaAllah.

      Hmm.. dah dua kali dah. Nampak gayanya begitulah Nak Yus… dah sampai seru dah tu, hati sanubari tu dah meronta-ronta. Yang mana baik tu eloklah dipercepatkan. Kalau dh ada calon, apa ditunggu lagi…

      Buatlah solat hajat dan solat istikarah sebelum tidur. Jika mendapat alamat baik (contohnya melihat awan putih dsb.nya), maka itu lah jodoh yang baik.

      Tok wan doakan hajat Yusizan tu tercapai dan moga sentiasa dilimpahi keberkatanNya dunia dan akhirat.

  37. Mira says:

    Assalamualaikum. Tolong tafsir mimpi saya boleh. Saya bermimpi yg bapa saya berbincang utk melangsungkan perkahwinan saya dgn seorang jejaka yg saya tidak kenal. Mukanya jelas dan terang kelihatan. Malah pekerjaannya juga saya tahu kerana jejaka tersebut memakai uniform tentera yg berpangkat. Di dalam mimpi tersebut kelihatan bapa saya dan jejaka tersebut berbual2 mengenai hal perkahwinan kami. Minta tafsir kerana mimpi ini sentiasa saya ingat. Terima kasih.

  38. Salam . Saya sering bermimpi saya kawen . Dan baru-baru ni saya mimpi saya kawen . Tapi saya ta nampak muka pasangan saya tapi saya tahu siapa dia . Sememangnya pasangan saya yg didalam mimpi itu adalah cinta pertama saya . Sudah banyak kali saya mimpi berkahwin dengan dia . Kadang2 nampak muka dia kadang2 tidak nampak . Saya berumur 18 tahun . Di alam nyata saya seringkali menyebut ingin berkahwin muda dan sering jugak membincangkan soal kahwin dengan si dia yang saya mimpi sebagai pasangan saya . Apakah maksud mimpi saya ?

    • tok wan says:

      Maksudnya kalau ada jodoh tak akan ke mana. Kahwin muda itu tak salah. Tapi pastikan sudah cukup ilmu di dada, bersedia fizikal dan mental. Alam rumahtangga itu banyak dugaannya. Akan tetapi bagi yang bijak mengemudi akan merasai nikmatnya.. nikmat dunia membawa ke syurga.

  39. lela says:

    assalamualaikum tokwn. ape pulak tafsiran jika bermimpi dikahwinkan dengan ank sultan/ raja. dlm mimpi tu suasana kahwin dia seakan kecil2-an . dan saya mmg x nmpk gmbrn muka dia.

  40. Lina says:

    Assalamualaikum Tok.
    Saya ada bermimpi akan berkahwin dgn seseorg yg tidak dikenali. Wajahnya jelas kelihatan. Tapi seumur hidup saya tidak pernah bertemu org seperti itu. Boleh Tok tolong tafsirkan mimpi saya?
    Terima kasih.

  41. ali says:

    Salam.mlm tdi sya bru je tmimpi sudh berkahwin dgn seseorang…sya knal ngn bdak tu n ada hati jgk..ape mknenye mimpi nie…..

  42. ema says:

    sy mmpi brkawin dgn lelaki lbih tua dari sy,tp fmly mak mertua mcm xsuka sy. Tp fmly tu semuanya alim2 belaka,pkaian dowg putih2 je. Rumah pon besar,malah bilik sy n suami(konon) dihias cantik.

    • tok wan says:

      Kalau ikut pandangan orang tua-tua dulu, jika ada anak dara yang mimpi berkahwin tandanya ada orang nak masuk meminang tu.

      Jika betul begitu, awak perlu sedar bahawa persetujuan terletak di tangan awak. Jika kurang pasti samada jodoh yang sesuai, eloklah buat solat istikharah untuk mencari pertunjuk.

  43. min ah says:

    salam..mlm td sy bermimpi y sy dikahwinkan secara mengejut tanpa pengetahuan sy..sy disuruh balik ke kg..then terus dikawinkan dgn kazen sy sndri..sbnrnya sy sk sbb kazen tu sy minat ttp kazen sy tu dah pom kawin di dunia nyata…

    • tok wan says:

      Tidak syak lagi ia hanyalah bunga-bunga tidur, mainan hati dan perasaan. Elok dipendamkan sahaja dan jangan diceritakan kepada sesiapa terutamanya ahli keluarga, kerna dibimbangi ia disalah sangka. Suatu hari nanti, pastinya perasaan suka terhadapnya itu akan luput, pabila sudah ketemu ‘jodoh’ awak.

  44. amirah nasuha says:

    salam…saya bermimpi orang yang saya suka itu dah kahwin..apa maksudnya tu?

  45. naza says:

    Saya bermimpi saya kahwinkan suami saya dgn sepupu sendiri..tapi suami saya tu bkn lah suami saya yg betul….hanya tuhan yang tau fikiran saya sekarang.. adakah ini mainan tidur????

Speak Your Mind

*