Tafsiran Mimpi Kapal
Selalunya lah apabila bermimpi tentang kapal, ianya dalam keadaan sedang bergerak dan jarang sekali melihat kapal yang statik atau berlabuh di tengah-tengah lautan.
Sehubungan itu, jika ingin mendalami makna tersirat atau tafsiran mimpi kapal, maka perlulah diteliti atau diingati dengan lebih jelas akan keadaan dan pergerakan kapal yang dialami dalam mimpi tersebut. Berikut adalah beberapa tafsiran yang ditemui berkenaan mimpi kapal:
Dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu mimpi melihat kapa di tengah lautan, kemungkinan ia memberi alamat bahawa si pemimpi itu kelak akan melakukan perjalanan yang jauh. Jika demikian halnya, ia pastinya memberi kesan signifikan dalam kehidupannya, terutamanya dari segi pengalaman dan penilaian kepada kehidupan.
Sekiranya di dalam mimpi itu kapal tersebut kelihatannya dihempas gelombang ombak kuat, dikatakan ia kemungkinan bererti si pemimpi akan mengharungi kehidupan yang penuh dengan rintangan dan kekusutan kelak. Sekiranya dia berjaya mengharunginya, pastinya dia akan menjadi seorang yang sangat berjaya.
Mimpi melihat kapal sedang berlabuh atau sedang memasuki pelabuhan pula kemungkinan adalah petanda baik iaitu segala cita-cita si pemimpi akan menjadi kenyataan,berkat kegigihan dan ketabahannya, seumpama kapal yang telah lama belayar dan akhirnya berjaya berlabuh dengan selamat.
Ada pun, satu lagi mimpi yang kerap dialami berkaitan kapal ialah mimpi melihat kapal pecah, akibat dipukul ombak dan sebagainya, yang kemungkinannya memberi alamat segala harapan dan usaha si pemimpi akhirnya akan pecah bertaburan (menemui kegagalan) dan tidak memberikan hasil sepertimana yang diharapkan.
Leave a Reply