Tafsiran Mimpi Kepala
Berikut adalah beberapa tafsiran mimpi kepala yang telah ditemui:-
Dikatakan bahawa jika seseorang itu bermimpi kepalanya dipukul orang, ataupun di dalam mimpinya dia melihat kepala orang lain dipukul, kemungkinan ia membawa maksud si pemimpi akan berhadapan dengan kesukaran yang kritikal dalam kehidupannya. Oleh yang demikian, disarankan supaya tidak lalai untuk sentiasa berdoa supaya Tuhan selalu permudahkan urusan kehidupan kita di dunia dan di akhirat dan sentiasalah banyak bersedekah supaya dimurahkan rezeki dan mendapat lebih keberkatan dalam hidup.
Jika bermimpi kepala direnjis air mawar, kemungkinan ia memberi maksud yang baik, iaitu si pemimpi akan beroleh harta yang halal dan memperoleh kebaikan dalam urusannya.
Dikatakan pula jika di dalam mimpinya seseorang itu melihat kepala atau mata seseorang, itu tandanya kemungkinan si pemimpi akan memperolehi emas.
Manakala jika di dalam mimpinya seseorang itu mimpi melihat kepala kambing, itu juga ditafsirkan mimpi yang membawa petanda baik, iaitu si pemimpi akan memperolehi kekayaan.
Leave a Reply