Mimpi Keranda
Sebut perkataan keranda pun boleh membuatkan kita merasa ngeri, maka kebanyakan orang tentunya tidak suka jika bermimpi tentang keranda kerana merasakan ia mungkin petanda buruk.
Namun, menurut tafsiran yang ditemui, mimpi keranda kemungkinan memberi alamat baik. Mimpi sedemikian kemungkinan ada kaitannya dengan berpindah rumah atau tempat kediaman. Dan berdasarkan kelaziman, menurut pengalaman orang-orang lama, perpindahan itu biasanya membawa perubahan yang lebih baik.
Apa sekalipun, pada hemat tok wan, marilah kita melihatnya dari sudut pengajaran. Mimpi keranda, mungkin hanya satu kebetulan atau bunga mimpi, tetapi setidak-tidaknya mengingatkan kita akan kematian. Mungkin selama ini terlalu sibuk dengan urusan dunia hinggakan terlupa akan perjalanan kita selepas mati.
fanesa putri says
tok saya mau tanya saya pernah bermimpi dikejar kranda apakah maksut dari mimpi itu?? terimakasih
Lina says
Saya bermimpi melihat banyak orang menggotong keranda mayat melintas di depan rumah dan ketika adzan maghrib berhenti d depan rumah saya, ini artinya apa?
imah says
SAYA MIMPI ORANG MENGUSUNG KERANDA SEHINGGA KE DEPAN PINTU RUMAH…APA MAKSUDNYA?
Jimmy says
saya bermimpi menghantar keranda kepada orang lain..apa maksud mimpi menghantar keranda di mana org lain minta
Rosnah madsri says
Saya bermimpi melihat keranda yang kosong