May 22, 2013

Tafsir Mimpi Kubur

Tafsiran Mimpi Kubur

Dengar saja perkataan kubur, lebih-lebih lagi di waktu tengah malam, nescaya akan meremang bulu roma. Kubur mencerminkan perkara yang seram dan ada juga yang berpendapat ia melambangkan kesedihan.

Jika seseorang bermimpi melihat kubur masih ternganga dan tidak dikambus, dikatakan ia memberi alamat bahawa semua perancangannya akan menempuh kegagalan, lebih-lebih lagi segala usaha yang menjurus ke arah matlamat duniawi semata-mata.

Seseorang yang sedang dilamun cinta yang bermimpi melihat kubur memberi alamat dia mungkin akan mengalami kekecewaan dalam percintaannya atau akan tercetus perasaan cemburu serta benci pada kedua-dua pasangan sehingga boleh menggugat percintaan mereka.

rahsia mimpi mengenai:

mimpi kubur . mimpi melihat kubur . tafsir mimpi kubur . tafsir mimpi melihat kubur . maksud mimpi kubur . maksud mimpi melihat kubur . mimpi kubur tafsir .

Comments

  1. zikrullah says:

    Salam…
    Istri sy tlah bermmpi
    1. Bapasaudara sy brkahwin tp xjadi.. kemudian ayah sy menyuruh adik saya berkhawin dengannya.. Kemudianselepas selasai kahwin kami beramai2 ke kubur arwah ibu sy. Kami terkejut bila melihat kawasan kubur arwah ibu sya menjadi kwasan kubur cina.. Mase tu kami lihat arwah ibu sya sedang menghalau anjing dkawasan itu… Untuk pengetahuan tuan, arwah ibu sya bru je mninggal rya ke6 tempohhari… Tlong jelaskan sume ni tuan… Ada apa ny xkena

    • tok wan says:

      Salam Zikrullah,

      Pertama sekali nak ‘highlight’ satu perkara. Berdasarkan salah satu sumber bacaan tok wan, dinyatakan bahawa antara tanda-tanda nak membezakan samada mimpi yang dialami kemungkinan membawa sesuatu petanda/alamat/erti atau hanya mainan tidur ialah keadaan/kondisi sewaktu bermimpi. Dikatakan bahawa mimpi seseorang yang dalam keadaan junub atau mimpi seorang wanita yang dalam keadaan haid, maka mimpi sedemikian hanyalah mainan tidur semata-mata.

      Mimpi yang sepertimana diceritakan memang pertama kali saya dengar/membacanya. Ada unsur drama, suspense dan misteri. Hebat!

      Maka, hanya ‘pentakwil mimpi’ yang boleh mentafsirkannya (sekiranya mimpi itu adalah bukan mimpi yang batil atau mainan syaitan).

      Saya hanya sekadar mampu membantu dengan berkongsi beberapa tafsiran yang tok rasakan berkaitan untuk rujukan Tuan. Tapi, ingat bahawa hanya orang tertentu sahaja yang mampu mentafsir makna sebenar mimpi berkenaan.

      Menurut rujukan, sekiranya bermimpi melihat pengantin, itu kemungkinan memberi petanda orang yang menjadi pengantin tersebut akan mendapat kesusahan.

      Manakala, banyak pendapat mengatakan bahawa bermimpi tentang orang tua (ibu bapa) samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia dianggap baik untuk si pemimpi kerana ia samada membawa makna yang baik atau memberi peringatan nasihat kepada si anak menantu agar sentiasa beringat akan tanggungjawab dan kembali ke landasan kehidupan yang betul (sekiranya hampir akan terpesong).

      Menurut tafsiran yang tok wan temui, mimpi berziarah ke makam orang tua (ayah atau ibu), kemungkinan memberi peringatan atau petanda supaya kita perlu terus bersabar dalam usaha mengatasi kesukaran yang sedang dihadapi.

  2. diana says:

    Maaf nk betanya,..ape maknanya klu mimpikan menziarahi pusara ank , pd mulanya pusaranya dlm keadaan baik,tp selepas saya mendekatinya saya melihat pusara anak saya berlubang Dan keluar ulat…. sedangkan anak saya meninggal masa hendak dilahirkan…. belum sampai 1 thun dia pergi…. adakah sebab strees saya mimpi begini……

    • tok wan says:

      Pada pendapat tok, mimpi berkenaan hanyalah permainan syaitan semata-mata untuk timbulkan suasana ‘ketegangan’ dalam kehidupan kita. Justeru, tak perlu bimbangkan apa-apa. Sebaliknya elok diperbanyakkan bacaan al-Fatihah dsb.nya kepada Allahyarham.

  3. hafiz says:

    salam. saya bermimpi saya tanam seorang jenazah orang yang saya kenali dengan seorang diri… mohon pandangan…

    • tok wan says:

      Telah dinyatakan dalam salah satu buku yang membicarakan tafsiran mimpi bahawa secara umumnya, mimpi berkaitan mayat atau jenazah jarang sekali membawa takbir yang baik atau kemujuran.

      Mimpikan jenazah mungkin satu peringatan kepada si pemimpi agar bersiap sedia menghadapai satu peristiwa yang mengejutkan.

  4. nurul says:

    Assalamu’alaikum… saya ada termimpi melalui perkuburan yang terlalu bnyk kubur.. saya tak pernah bermimpi perkuburan sebelum ni.. ada maksud apa2 tak mimpi saya ni

  5. leena says:

    Saya bermimpi pergi ke kuburan. Banyak kubur tersusun cantik2, bersih dan dihias bunga-bungaan. Antara kubur itu saya lihat kubur yang saya tempah untuk diri saya sendiri. Kubur itu cantik dan bersih. Kedudukannya di tepi pagar jalan masuk ke kawasan perkuburan. ada bunga-bunga di atas kubur saya itu. Apa makna mimpi saya ini? T. kasih.

  6. Hasby says:

    Assalamualaikum. Sy nk bertanya tentang mimpi ibu sy. Ibu sy bermimpi anak didalam kandungan isteri sy meninggal. Ibu, ayah & sy sendiri sendiri pergi ke kuburan untuk mencari tempat untuk kebumikan anak sy. Adakah ini memberi petanda sesuatu. Terima kasih.

Speak Your Mind

*