Bermimpi tentang kucing secara keseluruhannya merupakan satu petanda yang baik.
Walaubagaimana pun, tafsir mimpi kucing bergantung juga kepada keadaan dan juga perilaku kucing yang muncul dalam mimpi tersebut.
Tafsiran Mimpi Kucing
Dikatakan orang yang bermimpi dirinya bermain-main dengan anak kucing, memberi alamat bahawa si pemimpi tidak perlu bimbang tentang kehidupannya dalam aspek kewangan. Dalam tempoh terdekat dia akan memperolehi kesenangan hasil daripada kerja yang diusahakannya.
Bermimpi ada kucing datang dan tinggal di rumah anda, kemungkinan membawa petanda bahawa dalam masa terdekat ada orang yang akan datang dan berhasrat mahu menumpang duduk di rumah anda.
Satu lagi mimpi bermimpi yang agak pelik, namun kerap diketahui ada yang mengalaminya ialah mimpi makan daging kucing. Dikatakan bahawa seseorang yang bermimpi makan daging kucing kemungkinan akan beroleh harta. Ada pun satu pendapat lain menyatakan mimpi sedemikian, terutamanya jika dialami oleh si pemimpi yang mempunyai isteri yang sedang hamil, kemungkinan memberi petanda akan melahirkan anak lelaki yang segak rupa parasnya.
Jika bermimpi merenung atau melihat kucing yang sedang tidur pula, tidak kiralah samada anak kucing atau kucing dewasa, ertinya dia akan merasai ketenteraman dalam kehidupan rumahtangganya.
Namun, berlainan pula jika bermimpi dicakar kucing. Ini petandanya dia sedang diganggu atau akan diganggu oleh seseorang yang dikatakan tahap inteleknya ‘kurang cerdik’ berbanding si pemimpi.
Ketahui pelbagai lagi tafsiran mimpi kucing menurut Islam…
leana says
saya bermimpi mendukung anak kucing putih..sambil membelai anak kucing tersebut..apakah maksud mimpi saya itu?
SUSIE says
slmt mlm smuanya
Syai says
Saya bermimpi saya telah mnyelamat kan dua ekor kucing dari tersekse oleh seorang lelaki . Seekor putih dan seekor lagi hitam
syaza says
saya bermimpi saya berperang , dan saga selamatkan seekor anak kucing dari kena bom peperangan tersebut .selepas itu saya membelanya dan menjaganya seperti anak saya sendiri , tetapi yang peliknya kucing itu boleh bercakap . apa maksudnya ?
Keiko says
Saya mimpi melihat 2 ekor kucing menerobos masuk ke rmh berulang kali dan berulang kali juga saya keluarkan ke 2 ekor kucing tsb,artinya apa yaah?