Tafsiran Mimpi Kuda
Dilihat pada himpunan tafsiran yang ditemui, bolehlah disimpulkan bahwa mimpi berkenaan kuda dikaitkan dengan pangkat, darjat dan harta.
Adapun menurut satu tafsiran yang diperolehi, sekiranya seseorang itu mimpi naik kuda, kemungkinan memberi petanda bahawa si pemimpi akan berjaya dalam cita-citanya dan akan beroleh kemuliaan dalam hidupnya.
Sekiranya bermimpi naik kuda yang berwarna putih, dikatakan kemungkinan ia membawa erti si pemimpi akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.
Manakala jika seseorang itu mimpi naik kuda yang dipakaikan baju besi, itu kemungkinan memberi alamat si pemimpi akan senantiasa terlepas dari bahaya dunia.
Sedangkan bagi sesiapa yang bermimpi membunuh kuda dan kemudian makan dagingnya, juga dikatakan satu alamat yang bagus yang mana kemungkinannya membawa alamat si pemimpi akan mendapat kekayaan, bahkan kekayaan yang banyak melebihi daripada kekayaan kebanyakan orang lain.
Manakala jika ada yang bermimpi memiliki kuda dan di dalam mimpi itu dia mendapati kudanya hilang, ditafsirkan pula bahwa ia merupakan petanda kemungkinan si pemimpi itu kelak akan berpindah kerja tempat yang baru.
hermanto simorangkir says
saya pernah mimpi mengejar kuda hitam dewasa tapi tidak saya dapat, yang saya dapat malah 2 anak kuda yang masih kecil. apa kira-kira arti mimpi tersebut dalam kehidupan saya