Mimpi Labah-Labah
Dikatakan bahawa sekiranya seseorang itu bermimpi labah-labah, maka eloklah menangguhkan niat atau rancangannya untuk melakukan suatu perjalanan jauh. Dahulunya kemungkinan ada yang sangat taksub dengan pendapat ini, namun kini kebanyakannya tidak lagi.
Berdasarkan tafsiran yang ditemui, mimpi labah-labah itu membawa petanda akan ada rintangan yang akan dihadapi dalam perjalanan. Jika diteruskan juga, kemungkinan banyak kesulitan dan kesukaran yang terpaksa ditempuhi. Begitulah tafsirannya. Namun semuanya terpulang kepada empunya diri. Apa-apa pun kita sebagai manusia hanya mampu merancang, berdoa dan berusaha.
zuhaizal says
apa kh maksud kita bermimpi kita di gigit labah-labah?
Baqi says
Apakah maksud mimpi labah labah masuk dalam telinga?