Tafsir Mimpi Lautan
Laut atau seringkali disebut lautan melambangkan kekuatan tanpa batas.
Seseorang yang bermimpi tentang laut, kemungkinan memberi alamat bahawa si pemimpi akan memperolehi kekuasaan atau pengaruh yang besar.
Sekiranya ‘kuasa’ tersebut digunakan dengan sewajarnya maka tidak mustahil ia akan membawa ke puncak kejayaan. Namun, kuasa itu disalahguna kemungkinan besar dia akhirnya akan terperangkap dalam kesukaran, kegelisahan dan kekecewaan hidup.
Justeru, si pemimpi perlu sentiasa beringat dan berhati-hati agar tidak tergolong dalam kelompok mereka yang gilakan kuasa.
Seseorang yang bermimpi tenggelam di lautan, kemungkinan membawa suatu alamat yang baik. Ia memberi alamat bahawa si pemimpi memang serasi dan sesuai dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan lautan contohnya menjadi nelayan, kelasi atau tentera laut.
Seseorang yang bermimpi melihat lautan yang tenang pula, lebih-lebih waktu itu dia sememangnya sedang dilamun cinta, kemungkinan menandakan bahawa dia akan menempuh alam percintaan yang manis dan aman bahagia tanpa sebarang gangguan daripada pihak ketiga.
Assalam…
saya hanya ingin bertanya…
apakah tafsir mimpi berkenaan Al Qur’an.
Contohnya bermimpi menerima hadiah sebuah Al Qur’an tulisan tangan ….
pemberian ini diwasiatkan oleh seorang sahabat kepada anaknya untuk dihadiahkan kepada saya…
Salam Nor Ahmad,
Setakat ini, tafsiran mimpi quran yang tok wan dapat kumpul cuma berkisar tentang mimpi membaca atau mendengar bacaan Al-Quran.
Dalam hal hadiah pula, lazimnya ia boleh jadi baik atau sebaliknya. Sila lihat tafsiran mimpi terima hadiah.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya apakah makna mimpi hari kiamat di mana saya melihat ombak yang besar 5x ganda dari thusnami dan saya berada dalam ketakutan dan ketika itu juga saya berada di MEKAH betul2 di sebelah K’BAH?… tolong perjelaskan kerana ketakutan itu masih lagi terasa hingga kini walaupun dah terjaga.
Waalaikumussalam Nur Izzal,
Ini tafsiran yang tok jumpa mengenai mimpi mengalami hari kiamat, iaitu dikatakan membawa erti akan terlepas dari mara bahaya dan akan beroleh sukacita. Selain itu, berkenaan dengan tempat terjadinya kejadian itu yang mana Nur berada berhampiran Kaabah pula… dikatakan bahawa ‘mimpi melihat tempat yang suci’, kemungkinan memberi petanda bahawa si pemimpi akan memperoleh rezeki yang banyak.
Dari sudut pandangan yang lain ada pula tafsiran berlainan berkenaan mimpi ombak.
Namun begitu, secara peribadi tok wan lebih suka mengambil pendekatan bahawa mimpi yang dialami Nur itu perlu dilihat dari sudut positif. Yakni, anggaplah ia sebagai satu peringatan kepada kita sebagai hamba Allah yang tak lekang dari melakukan dosa dan kesalahan. Jadikan mimpi itu sebagai ‘ingatan’ bilamana kadangkala terasa cara hidup yang dilalui mungkin semakin terpesong untuk kembali ke jalan yang diberkati-Nya.
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya dan berkongsi mengenai mimpi berada di lautan yang sangat luas dengan ombak yang sederhana besar beserta angin yang agak kencang dan dalam masa yang sama saya perlu menyeberangi sebuah jambatan batu yang usang dan panjang untuk sampai ke seberang yang selamat. Saya perlu menyeberangi jambatan itu sebelum air dari laut naik dan menutup laluan tetapi alhamdulillah saya berjaya melepasi jambatan tersebut,
saya nak tanye,
saya bermimpi saya terbang di atas awan kemudian apabila saya turun ke bawah langit menjadi laut. apakah maksudnya? (bawah awan ada laut)
salam….saya nak bertanya…saya ada mimpi melihat laut…boleh jelaskan apa makna mimpi saya??
terima kasih…
Sepertimana yang diterangkan dalam tafsirannya di atas, mimpi laut KEMUNGKINAN memberi alamat akan beroleh pengaruh atau kuasa. Mungkin pengaruh atau keyakinan atau kepercayaan (trust) daripada rakan sekerja atau kumpulan yang mana anda turut menjadi ahlinya. Sepertimana laut yang luas, begitu juga ‘pengaruh’ yang menjangkau.
Adapun, laut itu jika kelihatan tenang, mungkin tandanya ada kaitannya dengan kehidupan atau lebih tepat lagi kehidupan percintaan yang bahgia. Begitulah menurut tafsiran yang difahami.
salam tok wan…terima kasih atas penjelasan yg lebih lengkap..saya memahaminya..saya suka blog ini!
Salam Fida. Semoga Fida dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Terima kaseh atas komen positif daripada Fida. Tentu sekali komen yang sebegini memberi semangat kepada tok untuk terus ‘maintain’ perkongsian blog tafsiran mimpi ini.
Semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu memberi penjelasan yang dicari-cari.