Mimpi Minum
Sepertimana perlakuan atau perbuatan minum yakni memasukkan sesuatu ke dalam badan, mimpi minum juga secara amnya memberi maksud keberuntungan atau perolehan yang baik kepada si pemimpi (pelaku) lebih-lebih lagi jika yang diminum itu sesuatu yang baik sifatnya.
Lihat juga tafsiran mimpi minum air yang turut dikongsikan di sini.
Berikut adalah koleksi tafsiran mimpi minum berkaitan:
Mimpi minum air zam-zam memberi alamat yang sangat baik yakni akan beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.
Mimpi minum arak alamatnya kemungkinan si pemimpi akan beroleh harta.
Mimpi minum air sungai membawa maksud akan beroleh ilmu pengetahuan.
Mimpi minum susu dikatakan juga memberi makna yang baik iaitu si pemimpi akan beroleh kehidupan yang sentosa.
Mimpi minum susu babi pula sebaliknya dikatakan membawa alamat yang si pemimpi kemungkinan akan beroleh duka.
Mimpi minum minyak, turut membawa erti yang baik, iaitu kemungkinan si pemimpi akan memperolehi keuntungan yang banyak.
fazira reiko says
baru tadi saya bermimpi minum arak, terus je google untuk tafsir mimpi. kalaulah betul akan perolehi harta, syuur Alhamdulillah. wallahualam