Tafsir Mimpi Baca Quran
Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan kepada Rasullullah s.a.w sebagai panduan kepada seluruh umat manusia. Quran ialah lambang keagungan.
Bermimpi membaca Quran di rumah sendiri memberi petanda si pemimpi akan terlepas daripada segala bahaya dan bencana. Selain itu ia juga dikatakan memberi alamat bahawa beliau akan mendapat kejayaan dalam usaha yang dilakukannya.
Sekiranya bermimpi membaca al-Quran dengan lagu yang mendayu lanjut memberi alamat si pemimpi kemungkinan akan panjang umur dan beliau akan memperolehi banyak perkara yang diimpikannya selama ini.
Seseorang yang bermimpi mendengar bacaan Al-Quran juga dikatakan mendapat alamat yang baik iaitu segala usaha dan cita-citanya insyaAllah akan memperolehi kejayaan.
sakura says
assalam……suami saya sudah 3 tahun x balik rumah. dh puas saya solat hajat/baca yassin & sebagainya. semalam saya bermimpi: bacalah alam nasyrah supaya suami balik semula ke rumah. wallahualam
Dania says
Assalamualaikum , saya brmimpi melihat beberapa orang lelaki sedang membaca al quran dan berpakaian putih . Mohon perjelaskan . Terima kasih
Ammar says
Assalam ustaz..kalau sy bermimpi sy jd imam kpd satu kapal dn baca surah al mulk apa maksudnya??tq